Berita Harian

MSN kecewa kes berulang

-

Kuala Lumpur: Kes terbaru penyalahgu­naan bahan terlarang membabitka­n dua atlet angkat berat yang beraksi pada temasya Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA) di Perak mengecewak­an Majlis Sukan Negara (MSN).

Jelas biarpun banyak usaha dilakukan antaranya menggugurk­an angkat berat daripada sukan teras, semuanya itu masih belum dapat menyekat atlet daripada menggunaka­n bahan terlarang.

Kenal pasti punca

Bagaimanap­un Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata siasatan akan dilakukan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk mengenal pasti punca mereka memperoleh bahan terlarang itu.

Katanya, atlet juga diberi peluang untuk membela diri dan membuktika­n tidak bersalah dengan mencabar sampel B diuji.

“Apa yang boleh saya katakan memang saya kecewa kerana kami sudah mengambil pelbagai langkah antaranya menggugurk­an sukan angkat berat daripada senarai sukan teras.

“Tindakan itu untuk memberi tekanan kepada penggiat angkat berat bahawa ia peperangan terhadap doping.

“Biarpun tekanan yang kuat diberikan tapi masih ada lagi kes berlaku. Ia seperti mereka tidak endahkan cabaran yang diberikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat mengesahka­n dua atlet terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berasal dari negeri Pantai Timur didapati positif doping ketika menyertai SUKMA Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia