Berita Harian

Oltmans mahu anak buah terus tingkatkan prestasi

Kejayaan atasi Jepun aksi pembukaan bangkit semangat

- Oleh Jugjet Singh

Malaysia menewaskan Jepun3-0untukmemu­lakan kempen Trofi Juara-juara Asia dengan nota kemenangan di Oman, kelmarin dan jurulatih baharu, Roeland Oltmans hanya memikirkan mengenai usaha memperbaik­i penguasaan bola.

Jurulatih itu dan kapten Sukri Mutalib sudah melupakan kekalahan di tangan Jepun pada final Sukan Asia ketika mereka berusaha untuk meningkat menjelang pusingan akhir Piala Dunia bulan depan.

Malaysia bermula dengan gol sudut penalti pada minit ketiga menerusi Faizal Saari, diikuti gol minit kesembilan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil sebelum Faizal melengkapk­an jaringan menerusi pukulan penalti pada minit ke-51.

Jepun tampil muka baru

Sebagai rekod, Jepun mengikat Malaysia 6-6 dan kemudian menang penentuan penalti pada Sukan Asia Jakarta-palembang untuk menafikan jurulatih ketika itu Stephen Van Huizen dan anak buahnya tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada saingan Trofi JuaraJuara Asia, Jepun menampilka­n enam muka baharu berbanding skuad Sukan Asia.

Sukri berkata: “Pasukan ini mencapai sasaran dengan kemenangan awal. Kami bermotivas­i untuk bermula baik kerana Sukan Asia sudah berlalu. Kami bersiap sedia menghadapi Piala Dunia jadi kami mahu bertindak baik di sini.”

Oltmans, yang mengambil alih sebagai jurulatih, barubaru ini, berpuas hati dengan persembaha­n pasukannya.

“Ini satu kejohanan baru dan satu permulaan baharu. Saya gembira dengan cara kami bermain, tapi kami patut bertindak lebih baik lagi.

“Dari segi penguasaan bola, saya mahu melihat lebih lagi daripada mereka. Tidak ada kelemahan tapi sering kali ada ruang untuk meningkat, seperti yang saya katakan, terutama dari segi penguasaan bola.

“Faktor paling penting kami perlu meningkat. Jika berjaya melakukann­ya, kami berpeluang cerah untuk meraih enam mata selepas dua perlawanan.”

Malaysia berdepan tuan rumah Oman pada perlawanan kedua awal pagi hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia