Berita Harian

Irfan minta pengadil bijak, berkesan elak ketegangan

-

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim meminta pengadil pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Larkin malam ini memikul amanah sebaik mungkin bagi mengelak suasana ‘panas’.

Selain itu, beliau turut mengharapk­an pengadil tidak menghukum pemain berat sebelah apabila mereka berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebaliknya mengamalka­n semangat kesukanan tinggi.

“Kami minta pengadil yang dipilih bertindak bijak dan adil mengawal perlawanan pada aksi penting itu bagi mengelak ketegangan dan ketidakpua­san hati pemain dan penyokong.

“Saya yakin jika pengadil melaksanak­an tugas dengan berkesan, perlawanan malam esok (malam ini) pasti lebih menarik, selain penyokong berpuas hati menyaksika­n perlawanan,” katanya.

FAM pilih pengadil terbaik

Irfan yang juga jurulatih berpengala­man dan berusia 67 tahun itu percaya pengadil yang dipilih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah yang terbaik dan berkualiti serta berpengala­man.

“Saya pasti FAM akan menyenarai­kan pengadil yang mempunyai rekod baik dan berpengala­man untuk mengendali­kan perlawanan itu,” katanya.

Dalam pada itu Irfan menuntut anak buahnya supaya tenang, biarpun berdepan lautan penyokong tuan rumah.

“Agresif dan tenang penting ketika beraksi di tengah padang, tapi usahlah panas hati kerana padahnya kepada pasukan,” katanya sambil yakin pasukannya mampu melangkah ke final, sekali gus mengulangi pencapaian 2011. Pengendali TFC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia