Berita Harian

Tawan puncak Kinabalu sebelah tangan

Nabil Arshad bukti boleh berjaya walaupun cacat anggota badan

- Oleh Norasikin Daineh

Cacat anggota badan iaitu tangan kiri dipotong akibat kemalangan enam tahun lalu bukan penghalang bagi seorang pemuda untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu, pada 13 Oktober lalu.

Nabil Arshad, 24, berkongsi kejayaanny­a kerana mahu membuktika­n bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya walaupun mengalami kecacatan anggota badan.

“Saya mahu membuktika­n kepada orang di luar sana bahawa mereka salah jika tidak yakin dengan kemampuan golongan seperti kami untuk melakukan sesuatu yang mencabar seperti mendaki Gunung Kinabalu.

“Alhamdulil­lah, saya dapat membuktika­nnya sebaik mendahului rakan lain untuk menjejak kaki di puncak gunung itu pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Tak bergantung pada tali

Menceritak­an semula detik pendakian itu, Nabil yang berasal dari Selangor berkata, dia tiba di Kota Kinabalu pada 11 Oktober lalu bersama sekumpulan rakan sekerja sebelum bertolak ke Kundasang keesokan harinya.

“Pada hari itu, kami bertolak ke Laban Rata di mana saya hanya mengambil masa tiga jam 15 minit untuk tiba, iaitu mendahului rakan yang lain. Kami seterusnya bermalam di sana sebelum memulakan perjalanan pada jam 3 pagi dan tiba di puncak tiga jam kemudian,” katanya.

Nabil berkata, sepanjang pendakian dia tidak banyak bergantung pada peralatan seperti tongkat dan tali yang disediakan di sepanjang laluan.

“Saya ada beli tongkat sebagai alat sokongan untuk pendakian, namun langsung tidak digunakan kerana saya yakin dapat mengharung­i dengan kudrat yang ada, walau bergantung dengan satu tangan,” katanya yang yatim piatu sejak umur 14 tahun.

Menurut anak ketiga daripada tiga beradik itu, dia kehilangan tangan kirinya selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kolej di Subang Jaya, Selangor.

“Kejadian itu berlaku pada 2012 ketika menunggang apabila terlanggar bucu lori yang berhenti di atas jambatan tanpa meletak apa-apa tanda atau amaran.

“Saya bersama motosikal terjatuh dan tangan sebelah kiri sakit dipercayai urat dan tulang tangan hancur sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya yang koma tiga hari sebelum menyedari tangan kiri dipotong bagi mengelak jangkitan kuman.

 ?? [ FOTO IHSAN NABIL ARSHAD ] ?? Nabil berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada 13 Oktober lalu.
[ FOTO IHSAN NABIL ARSHAD ] Nabil berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada 13 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia