Berita Harian

Faizal sempat beli jersi pasukan sebelum tragedi

-

Tawau: Pemain futsal Sabah, Faizal Alli, 41, yang disambar petir ketika menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) di Kuala Lumpur minggu lalu, sempat membeli baju jersi baharu untuk rakan sepasukann­ya.

Menurut abangnya, Jeffry Alli, 50, jersi baharu itu untuk digunakan ketika latihan bersama rakan dalam pasukan Futsal Sri Aman di Tawau.

Jeffry berkata, sebelum menyertai kejohanan futsal itu, Faizal kerap memaklumka­n perasaan teruja untuk ke Kuala Lumpur walaupun ia bukan kali pertama mewakili Sabah.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Faizal yang juga anak ke-10 daripada 11 beradik dua minggu lalu ketika dia menyertai perlawanan bola sepak persahabat­an di daerah ini.

Banyak beli hadiah

“Ketika di Bukit Jalil (menyertai LISUS), arwah dikatakan banyak berbelanja dan membeli hadiah untuk isteri dan anak-anak.

“Selain itu, dia kerap berkongsi dan menghantar gambar swafoto (selfie) ketika berada di sana (Kuala Lumpur), padahal itu bukan perangai dia,” ketika ditemui di Lapangan Terbang Tawau ketika menunggu ketibaan jenazah adiknya, semalam.

Faizal yang meninggalk­an isteri serta tiga anak, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Kuala Lumpur jam 11.02 pagi kelmarin selepas lima hari tidak sedarkan diri akibat dipanah petir.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Sabtu lalu, tiga pemain futsal termasuk Faizal dipanah petir ketika perlawanan Sabah menentang Terengganu di padang Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merotai Besar dekat sini, semalam.

Tak sangka ragut nyawa rakan

Sementara itu, rakan sepasukan, Abdul Wahid Habib Abdullah, 25, yang turut cedera dalam insiden itu berkata, dia tidak menyangka kejadian pantas itu meragut nyawa rakannya.

Mengimbas kejadian itu, Abdul Wahid berkata, perlawanan baru hendak bermula sebelum hujan lebat dan tiba-tiba mereka disambar petir dan terbaring atas padang.

“Dalam keadaan kesakitan dan kekejangan saya sempat melihat arwah terbaring berhampira­n tiang gol, selepas itu saya sedar sudah berada di hospital,” katanya.

 ?? [ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] ?? Jenazah Faizal (gambar kecil) tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk dikebumika­n di Kampung Merotai Besar, Tawau.
[ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] Jenazah Faizal (gambar kecil) tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk dikebumika­n di Kampung Merotai Besar, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia