Berita Harian

Rakyat Sarawak sudah jemu janji kosong

Kerajaan Pusat digesa beri peruntukan pembanguna­n saksama antara bandar, desa

- Oleh Norsyawani Nasri cnews@nstp.com.my ̌ Kota Samarahan

Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membawakan lebih banyak pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan asas ke Sarawak.

Malah, penumpuan harus diberikan kepada kawasan pedalaman dan luar bandar bagi mewujudkan konsep pembanguna­n yang seimbang, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n sosioekono­mi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Seri Mohd Ali Mahmud berkata, rakyat Sarawak sudah jemu ditaburkan pelbagai janji manis selama ini, namun masih terdapat jurang yang ketara dari segi pembanguna­n di kawasan bandar dan luar bandar.

“Justeru, adalah besar harapan kita agar kerajaan baharu hari ini memberi peruntukka­n saksama dan sama-rata kepada aspek pembanguna­n rakyat di Sarawak seperti negeri lain,” katanya di sini, semalam.

Beliau ketika mengulas lanjut berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, masih banyak kemudahan prasarana dan infrastruk­tur diperlukan bagi kemudahan rakyat.

“Antara yang perlu diberikan perhatian utama ialah masalah sekolahsek­olah daif, masalah banjir dan kesesakan jalan raya kesan ledakan pembanguna­n di Bahagian Samarahan pada masa ini,” katanya.

Baik pulih sekolah daif

Beliau berkata, bagi masalah sekolah daif yang akan dilaksanak­an program baik pulih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Binyok yang dalam keadaan usang, termasuk pembinaan semula rumah guru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang keadaan kerana atap sudah berkarat, dan kerja baik pulih SMK Penrissen yang membabitka­n peruntukka­n berjumlah antara RM3 juta hingga RM4 juta.

“Begitu juga dengan masalah banjir di Kampung Pangkalan Kuap yang masih menghantui penduduk kampung setiap kali musim tengkujuh sejak berpuluh tahun lalu.

“Sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini, bagi pembinaan sistem tebatan banjir di kampung inii, peruntukan kira-kira RM10 juta diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, kesan pembanguna­n pesat di Bahagian Samarahan pada hari ini telah menimbulka­n masalah kesesakan, terutama pada waktu puncak,” katanya.

Antara yang perlu diberikan perhatian utama ialah masalah sekolah daif, banjir dan kesesakan jalan raya kesan ledakan pembanguna­n di Bahagian Samarahan pada masa ini” Mohd Ali Mahmud, ADUN Stakan

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / BH] ?? Mohd Ali (empat dari kanan) meninjau pelaksanaa­n projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di DUN Stakan, Kota Samarahan, semalam.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / BH] Mohd Ali (empat dari kanan) meninjau pelaksanaa­n projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di DUN Stakan, Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia