Berita Harian

Sabah mahu agihan ketibaan pelancong seimbang

-

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mahu mengimbang­i ketibaan pelancong asing dari pelbagai negara dan wilayah, bukan hanya tumpuan kepada pelawat dari negara tertentu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, berkata ketika ini pelancong asing dari Sabah sebahagian besarnya adalah dari China, iaitu kira-kira 50 peratus daripada jumlah ketibaan pelawat asing di negeri ini.

Beliau berkata, kementeria­nnya Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) mahu mengimbang­i kemasukan pelancong menerusi penyertaan dalam pameran bergerak untuk meneroka dan memanfaatk­an lebih banyak pasaran dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Sehubungan itu, katanya, kementeria­nnya akan menghantar wakil ke World Travel Market di London bulan depan untuk mempromosi­kan Sabah.

Tetamu hotel berkuranga­n

“Pada masa sama, saya tetap optimis dengan pasaran China memandangk­an negeri ini memiliki banyak tarikan seperti gunung, laut dan makanan.

“Minggu depan, akan ada sidang akhbar mengenai ini (pelancong dari China) di mana Southern China Airlines akan menawarkan lebih banyak pesawat (datang ke Sabah),” katanya kepada media selepas meninjau kawasan Sinsuran, Segama, Bandaran Berjaya dan Kampung Air di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-api diwakiliny­a, semalam.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Sabah (SATTA), Datuk Seri Winston Liaw, dilaporkan berkata ‘perang perdaganga­n’ berterusan terhadap China dan kejatuhan pasaran saham negara menyebabka­n penurunan ketibaan pelancong China ke Sabah ketika cuti Golden Week di negara itu.

Beliau dilaporkan berkata, jumlah tetamu hotel menurun kepada 50 hingga 60 peratus pada bulan ini berbanding purata 80 hingga 85 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Penuhi janji pilihan raya

Sementara itu, mengenai tinjauan ke kawasan DUN diwakiliny­a, Liew berkata, beliau akan memenuhi janji pilihan raya untuk menyelesai­kan isu kebersihan dan kerja menaik taraf kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pejabat dan laman web Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat akan diwujudkan untuk orang ramai membuat aduan dan menyemak pengagihan dana pembanguna­n.

 ?? [ FOTO OLIVIA MIWIL / BH] ?? Liew berusaha menunaikan janji untuk menaik taraf kawasan diwakiliny­a.
[ FOTO OLIVIA MIWIL / BH] Liew berusaha menunaikan janji untuk menaik taraf kawasan diwakiliny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia