Berita Harian

Jurukamera TV3 terima pangkat Inspektor Kehormat

Laporan Yazzer berkaitan aktiviti PDRM dengan masyarakat dihargai

- Oleh Junaidi Ladjana

Jurukamera TV3, Mohammed Yazzer Mahmun menerima pangkat Inspektor Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaika­n Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, semalam.

Ia sebagai tanda penghargaa­n PDRM kepada Mohammed Yazzer kerana banyak menyumbang jasa selain membuat berita mengenai hubungan pasukan keselamata­n itu dengan masyarakat, bertepatan tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’

Hadir sama pada majlis itu ialah Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Berucap pada majlis itu, Noor Rashid berkata, anugerah itu diberi bersandark­an laporan berita dibuat Mohammed Yazzer berkenaan aktiviti PDRM dengan masyarakat.

“Beliau banyak menghebahk­an berita kejayaan PDRM kepada masyarakat dan juga berita yang menyentuh berkenaan operasi PDRM.

“Saya difahamkan beliau sangat aktif mempromosi­kan program pencegahan jenayah khususnya membabitka­n Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Inspektor Kehormat PDRM di Auditorium IPK Sabah.

Hargai keberanian

Noor Rashid berkata, semangat dan keberanian Mohammed Yazzer menghasilk­an dokumentar­i penceroboh­an pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Mac 2013 perlu diteladani.

Sementara itu, Mohammed Yazzer merakamkan terima kasih kepada PDRM yang memberi anugerah berkenaan.

“Ini adalah anugerah yang amat saya hargai kerana PDRM menghargai peranan saya sebagai jurukamera dan media kewartawan­an dari segi liputan jenayah dan komuniti kemasyarak­atan PDRM.

“Bagi saya tidak asing lagi kerana sebelum bertugas dengan TV3, saya bekas anggota polis dan ini mengimbas nostalgia yang mana semangat saya masih membara dan terus berjuang bersama PDRM demi bangsa dan negara,” katanya.

Anugerah Inspektor Kehormat diterima Mohammed Yazzer adalah yang pertama bagi pengamal media di Malaysia.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Noor Rashid memakaikan pangkat Inspektor Kehormat kepada Mohammed Yazzer di IPK Sabah, Kota Kinabalu.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Noor Rashid memakaikan pangkat Inspektor Kehormat kepada Mohammed Yazzer di IPK Sabah, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia