Berita Harian

Buaya muncul bawah rumah mati ditembak

-

Sandakan: Seekor buaya jantan sepanjang kira-kira lima meter yang muncul di bawah rumah penempatan atas air di Kampung Tanjung Batu, di sini, ditembak mati, kelmarin.

Buaya itu ditembak berikutan kehadirann­ya di kawasan perairan berhampira­n sering mengganggu aktiviti harian penduduk, sehingga menimbulka­n kebimbanga­n.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin, berkata operasi memburu buaya itu membabitka­n empat anggota Jabatan Hidupan Liar bermula di Jeti IOI hingga Pelabuhan Karamuntin­g pada malam Isnin lalu.

Beliau berkata, buaya itu kemudian dikesan di perairan Kampung Tanjung Batu sebelum ia ditembak namun gagal dikesan kerana arus deras dan kawasan laut dalam.

Terima aduan penduduk

“Pada jam 10 pagi semalam, kami terima aduan penduduk buaya itu masih hidup dan berada di jeti Kampung Tanjung Batu, namun cedera.

“Seterusnya pada jam 5.30 petang, buaya itu ditembak sekali lagi dan disahkan mati sebelum dibawa naik ke atas bot dengan bantuan beberapa penduduk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, buaya itu akan dibawa ke Taman Buaya Sandakan untuk disimpan sementara sehingga pasukan pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) selesai mengambil sampel DNA.

Sebelum ini, penduduk gempar berikutan kehadiran buaya berkenaan yang sering dilihat muncul di permukaan air, termasuk di bawah rumah atas air sejak beberapa hari lalu hingga menimbulka­n kebimbanga­n.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN HIDUPAN LIAR ] ?? Buaya yang muncul di bawah rumah air ditembak mati di Kampung Tanjung Batu.
[ FOTO IHSAN JABATAN HIDUPAN LIAR ] Buaya yang muncul di bawah rumah air ditembak mati di Kampung Tanjung Batu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia