Berita Harian

Rugi RM105,000 konon berhutang GST

Wanita terpedaya dakwaan tak bayar cukai

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Cemas selepas didakwa tidak membayar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan aktiviti penggubaha­n wang haram menyebabka­n seorang wanita mengalami kerugian RM105,000 kelmarin.

Semuanya bermula selepas pegawai kesihatan berusia 45 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang indivi- du yang mendakwa dari Mahkamah Pulau Pinang, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata suspek mendakwa mangsa mempunyai rekod gagal menyelesai­kan bayaran GST sebanyak RM51,000.

Mangsa cuba berunding

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa bakal didakwa sekiranya gagal melunaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan.

“Cemas dengan dakwaan itu menyebabka­n mangsa cuba untuk berunding bagi menyelesai­kan ‘dakwaan’ yang dikenakan terhadapny­a.

“Melihat mangsa sudah mempercaya­i dakwaan itu, suspek kemudian menyambung­kan panggilan kepada Sarjan Herry yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk ‘rundingan’,” katanya, di sini, semalam.

Mustafa Kamal berkata, ‘Sarjan Herry’ kemudian mengarahka­n mangsa memindahka­n wang sebanyak RM85,000 ke dalam akaun seorang lelaki sehari kemudian.

Katanya, suspek sekali lagi meminta mangsa memindahka­n wang berjumlah RM20,000 ke dalam akaun seorang lelaki lain kelmarin.

“Mangsa menuruti semua arahan suspek dan memindahka­n wang keseluruha­n berjumlah RM105,000.

“Namun, suspek kemudian tidak dapat dihubungi menyebabka­n mangsa menyedari dia ditipu sebelum membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan lanjut polis,” katanya.

Tambahnya, polis kini giat mengesan suspek dan pemilik akaun terbabit manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia