Berita Harian

DUA MAUT, 10 TERTIMBUS TANAH RUNTUH TIMPA KONTENA PEKERJA DI PULAU PINANG

Kontena didiami menggelong­sor akibat tanah runtuh, hujan lebat

- Oleh Audrey Dermawan, Shamsul Munir Safini dan Muhammad Yusri Muzamir

Dua maut, seorang cedera manakala 10 lagi buruh binaan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong tengah hari, semalam.

Dalam kejadian jam 1.56 tengah hari itu, antara enam hingga 10 kontena didiami pekerja binaan terbabit menggelong­sor ekoran runtuhan tanah, kerana hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar, berkata mangsa yang maut masing-masing dikenal pasti seorang lelaki warga Bangladesh dan Indonesia.

Tertimbus di bawah kontena

Bagaimanap­un, beliau berkata, status kewarganeg­araan mangsa lelaki yang cedera di bahagian kaki masih belum dikenal pasti dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Ketiga-tiga mangsa ditemui di kawasan berhampira­n dan tertimbus di bawah kontena, selain mereka dipercayai mendiami kontena sama. Malah, longgokan tanah di kawasan ini adalah setinggi 5 meter.

“Semua kontena ini menggelong­sor kira-kira 50 meter dari lokasi asal, iaitu di kawasan lapang di tengah-tengah lereng bukit, selain gagal mengenal pasti jumlah rumah kongsi lain kerana struktur berkenaan musnah sepenuhnya ekoran kejadian terbabit.

“Sepuluh lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan ini dengan dua daripadany­a disahkan lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Minggu lalu, sebahagian rasuk konkrit bagi projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, runtuh apabila kren yang mengangkat kepingan plat keluli secara tidak sengaja terkena struktur terbabit, kira-kira jam 8 malam.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubung­kan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Saadon berkata, pihaknya masih menunggu bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) tiba di lokasi kejadian bagi mengenal pasti lokasi tepat mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan terbabit.

Cuaca jejas operasi

“Kami mengalami kesukaran untuk mencari mangsa kerana struktur tanah dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan berjalan secara berterusan, bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaa­n.

“Seramai 145 anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi ini, masing-masing 30 anggota JBPM negeri, manakala 69 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dari Perlis dan Kedah, polis (35) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (24),” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri menzahirka­n rasa sedih dan dukacita ke atas semua waris dan mangsa yang terbabit dalam kejadian runtuhan tanah di tapak projek seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu.

“Saya berasa sakit hati kerana ada lagi mangsa terkorban. Mana-mana kejadian projek pembinaan adalah dikesali tetapi projek perlu dijalankan dalam keadaan lebih prihatin terhadap keselamata­n tapak.

“Keadaan cuaca tak menentu dan terdapat pengairan di lereng bukit dipercayai punca kejadian ini, selain mempertimb­ang cadangan untuk mewujudkan suruhanjay­a siasatan berhubung kejadian ini.

“Bagaimanap­un, setakat ini tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan di tapak ini selepas arahan pemberhent­ian kerja dikeluarka­n susulan kejadian runtuhan rasuk, minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Konsulat Indonesia akan

mendapatka­n maklumat lengkap jumlah sebenar rakyatnya yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini, semalam.

Satu mayat warga Indonesia

Wakil konsulat Indonesia di Pulau Pinang yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Andi berkata setakat ini satu mayat yang ditemui dalam runtuhan itu disahkan rakyat Indonesia.

“Wakil konsulat sudah berada di lokasi kejadian untuk melihat lebih dekat dan mendapatka­n maklumat lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata menurut waris mangsa, jenazah rakyat Indonesia itu akan dibawa pulang ke negara itu selepas semua proses bedah siasat dan dokumentas­i selesai.

Mangsa maut yang telah dikenal pasti ialah dua lelaki, dikenali sebagai Samsul, 19, warga Indonesia dan Attrul, 35, rakyat Bangladesh.

Setakat ini tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan di tapak ini selepas arahan pemberhent­ian kerja dikeluarka­n susulan kejadian runtuhan rasuk, minggu lalu” Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang Kami mengalami kesukaran untuk mencari mangsa kerana struktur tanah dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan berjalan secara berterusan, bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaa” Saadon Moktar, Pengarah JBPM Pulau Pinang

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLE SHAHRZAL /BH] ?? Mayat mangsa yang ditemui tertimbus dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang.
[FOTO SHAHNAZ FAZLE SHAHRZAL /BH] Mayat mangsa yang ditemui tertimbus dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Anggota bomba menjalanka­n kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus, semalam.
Anggota bomba menjalanka­n kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus, semalam.
 ??  ?? Lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong.
Lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Anggota bomba menjalanka­n kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di Bukit Kukus, semalam.
Anggota bomba menjalanka­n kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di Bukit Kukus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia