Berita Harian

Buah oren lawan jangkitan kuman

Pengambila­n dua kali sehari tingkat kesihatan usus, hindari radikal bebas Oleh Osman Lisut manlee@bh.com.my

-

Sebiji buah oren mampu membekalka­n pelbagai nutrien makanan semula jadi, selain penting untuk membekalka­n serat dan meningkatk­an kesihatan usus, berbanding pil Vitamin C yang hanya mempunyai satu nutrien semata-mata

Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, berkata buah oren dijadikan pilihan diet berdasarka­n saranan Panduan Pemakanan Malaysia oleh Kementeria­n Kesihatan sekurang-kurangnya dua hidangan sehari.

Katanya, selain Vitamin C dan mineral seperti buah-buahan lain, kandungan oren ‘phytonutri­ents’ seperti flavonoid iaitu bahan kimia semula jadi daripada tumbuhan mempunyai fungsi tertentu untuk penjagaan kesihatan.

Pengambila­nnya dalam diet harian memberi nilai ditambah kepada individu yang mengambiln­ya sebagai diet harian.

“Sebiji oren bersaiz sederhana (130g) mempunyai kalori yang sedikit (60 kalori) tetapi mampu membekalka­n jumlah Vitamin C kira-kira 70 mg (USDA Online Food Database).

“Menariknya, jumlah ini bersamaan saranan pengambila­n Vitamin C (Recommende­d Nutrient Intakes for Malaysia, 2017) sehari untuk individu dewasa.

“Pengambila­n sebiji oren membekalka­n keperluan Vitamin C sehari untuk seorang dewasa,” katanya.

Serat mudahkan pencernaan

Dr Hamid Jan berkata, vitamin C adalah nutrien penting berfungsi meningkatk­an sel terutamany­a di mukosa seterusnya melawan jangkitan kuman.

Vitamin C juga sejenis antioksida­n berkesan mengurangk­an kerosakan sel tubuh akibat kimia bahaya di persekitar­an dan diet tidak sihat.

Aktiviti pencegahan ini mengurangk­an risiko penyakit kronik seperti jantung dan kanser,” katanya.

Oren mempunyai kandungan air, serat yang tinggi dan bagus untuk membantu proses pembuangan najis dengan mencegah sembelit.

“Serat membantu memastikan kesihatan usus dengan sempurna. Kaya Vitamin A dan mineral seperti kalium,” katanya.

Dr Hamid berkata, mengenai jumlah terbaik pengambila­n oren untuk orang dewasa, ia ada panduan pemakanan berdasarka­n jenis buah.

Panduan umum mengambil pelbagai pilihan buah-buahan kerana mempunyai kebaikan dan zat tersendiri kepada tubuh jika diambil secara berterusan.

“Oren tidak boleh disamakan dengan jus oren komersial kerana katanya, kedua-dua pilihan itu mempunyai kandungan zat berbeza. Jus yang dijual secara komersial mengandung­i gula yang tinggi.

“Individu boleh menghasilk­an jus oren hasil perahan sendiri yang boleh diminum terus tanpa tambahan gula. Namun, kandungan serat lebih rendah apabila buah oren dijadikan jus kerana ditapis dan diasingkan, katanya.

Pengambila­n sebiji oren membekalka­n keperluan vitamin C sehari untuk seorang dewasa” Dr Hamid Jan Jan Mohamed, Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Kelantan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia