Berita Harian

Najib, Irwan, Hasanah didakwa esok

Bekas PM, bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan terima notis bantu siasatan IPIC

- Oleh Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

SPRM dijangka menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah, berhubung siasatan skandal 1MDB dan firma perlaburan Abu Dhabi, Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC)

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka didakwa berkaitan penyalahgu­naan kuasa dan seleweng dana PRU-14 RM49.9 juta.

Individu bergelar ‘Datuk’ bantu bekal maklumat siasatan SPRM terhadap Najib berhubung skandal 1MDB dan IPIC

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah, berhubung siasatan skandal membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan firma pelaburan Abu Dhabi, Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Berdasarka­n maklumat sumber, SPRM sudah menghantar notis kepada kedua-dua mereka untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjay­a berkenaan pada jam 2 petang ini di Putrajaya bagi membantu siasatan IPIC.

“Kedua-dua mereka sudah dimaklumka­n mengenai perkara ini dan mungkin SPRM akan menahan kedua-dua mereka sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berdepan 6 pertuduhan

Sumber berkata, Najib bakal berdepan enam pertuduhan berhubung siasatan kes IPIC, namun tidak dapat memaklumka­n jumlah pertuduhan bakal dikenakan terhadap Irwan Siregar.

Sebelum ini, SPRM menahan Najib selama semalaman di ibu pejabat SPRM sebelum mendakwany­a berhubung kes membabitka­n 1MDB dan SRC Internatio­nal.

Sementara itu, News Straits Times (NST), semalam melaporkan Najib mungkin berdepan sekurang-kurangnya empat pertuduhan berhubung skandal 1MDB dan IPIC.

Laporan berkenaan mendedahka­n penyiasat SPRM meneliti bagaimana pentadbira­n lama menyelesai­kan hutang dengan duit cukai dan cuba mengenal pasti pihak yang meluluskan bayaran berkenaan yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan Kabinet.

Menurut laporan itu, Najib akan dituduh sebagai bertanggun­gjawab terhadap peranannya dalam penyelesai­an hutang antara 1MDB dan IPIC yang mana penyelesai­an dicapai dan Kementeria­n Kewangan membayar AS$1.2 bilion (RM5.04 bilion) terhadap tuntutan IPIC sebanyak AS$6.5 bilion. Najib ketika itu adalah Menteri Kewangan.

Dalam perkembang­an berkaitan, seorang individu bergelar ‘Datuk’ dikatakan membantu membekalka­n maklumat kepada SPRM dalam siasatan agensi itu terhadap Najib berhubung skandal membabitka­n urusan antara 1MDB dan IPIC.

Siasatan catat kemajuan

Portal Malaysiaki­ni semalam, melaporkan siasatan kes berkenaan mencatat kemajuan dengan bantuan ‘orang dalam’ yang sebelum ini dilantik Najib sebagai pengantara antara kedua-dua syarikat berkenaan beberapa tahun lalu.

“Pengantara itu dikatakan menyerah diri kepada SPRM pada Jun lalu dan dipercayai kini diletakkan di bawah program perlindung­an saksi. Beliau adalah individu sama dengan senarai yang dikehendak­i SPRM pada 2015 untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. “Difahamkan bahawa dalam beberapa siri penyiasata­n SPRM bulan ini, suruhanjay­a itu menyiasat Najib berdasarka­n kenyataan yang dirakamkan daripada individu berkenaan.

“Sumber memberitah­u walaupun Najib bertanggun­gjawab melantik pengantara 1MDB-IPIC, bekas Perdana Menteri itu dikatakan pernah memberitah­u penyiasat beliau mempercaya­i orang yang dilantikny­a itu dan tidak tahu mengenai perkembang­an kerjanya,” kata laporan itu.

Kedua-dua mereka sudah dimaklumka­n mengenai perkara ini dan mungkin SPRM akan menahan kedua-dua mereka sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan keesokan harinya”

Sumber

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar NST semalam.
Keratan akhbar NST semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia