Berita Harian

SPR KAJI PERSEMPADA­NAN SEMULA KAWASAN KETIKA PRU-14

Penelitian pastikan proses dilaksana secara adil

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji persempada­nan semula kawasan yang dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, bagi memastikan keseimbang­an pengundi di setiap kawasan.

Pengerusin­ya, Azhar Azizan Harun, berkata fokus penelitian akan mengambil kira sama ada proses persempada­nan semula itu dilakukan secara adil berpanduka­n Perlembaga­an Persekutua­n.

“Apa yang ingin saya lakukan ialah benar-benar meneliti persempada­nan ketika ini untuk memastikan sama ada ia adil atau tidak. Maksudnya ia bertepatan dengan mana-mana peruntukan mengikut Perkara 13 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Antara peruntukan diperhatik­an melalui Perkara 13 ialah mengenai nisbah pengundi antara satu-satu kawasan yang perlu dipastikan lebih kurang sama. Perkara ini tidak (dipengaruh­i) faktor logistik atau kawasan pedalaman,” katanya melalui rancangan radio Breakfast Grille yang disiarkan BFM 89.9, semalam.

Beliau berkata, hasil penelitian ke atas persempada­nan semula itu nanti akan dikaji dan sebarang cadangan jika ada, akan dilakukan dalam bentuk pelan tindakan (blueprint).

“Selepas kajian itu, kita mungkin sediakan satu blueprint mengenai bentuk persempada­nan semula yang adil, tanpa perlu dilakukan (persempada­nan) atau (pindaan) kawasan pengundian, sebelum hasilnya dimaklumka­n kepada kerajaan,” katanya.

Perlu kejelasan

Azhar mengakui, realiti sosioekono­mi dan kedudukan geografi bagi sesetengah kawasan mengundi perlu diambil kira, pada masa sama, takrifan jelas mengenai semua perkara itu perlu dibuat untuk membantu proses persempada­nan semula pada masa depan.

“Apabila takrifan tidak jelas, mereka sewenang-wenangnya keluarkan mana-mana bahagian dari kawasan mengundi, masukkan ke dalam kawasan lain atau apa-apa sahaja tindakan berkaitan. Saya seorang peguam dan saya tak suka benda tak jelas, kerana untuk memastikan aturan dikekalkan, kejelasan itu penting.

“Apabila tiada kejelasan, ia mengundang penafsiran. Apabila penafsiran diperlukan dan macammacam ada, ia mengundang kerosakan apabila wujud kepentinga­n... jadi kita perlu kejelasan,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang memang menuntut persempada­nan semula, namun ia hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh lapan tahun, dengan pengecuali­an hanya diberikan sekiranya ada pertambaha­n atau penguranga­n besar yang menuntut ia dilakukan pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Untuk membolehka­n ia berlaku, undang-undang perlu dipinda dan ini menuntut undi majoriti dua pertiga (di Parlimen). Buat masa sekarang, kita tersekat dengan persempada­nan semula diluluskan Parlimen menjelang PRU14,” katanya.

Hasil penelitian ke atas persempada­nan semula itu nanti akan dikaji dan sebarang cadangan jika ada, akan dilakukan dalam bentuk pelan tindakan (blueprint)”

Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia