Berita Harian

MEDIA PRIMA, DAILYMOTIO­N BERKONGSI PLATFORM VIDEO

Kongsi platform jadi tumpuan lebih 300 juta penonton global

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Media Prima Bhd (Media Prima) mengukuhka­n lagi kedudukan sebagai syarikat media digital tempatan terbesar di Malaysia apabila memeterai kerjasama dengan platform video popular dari Perancis, Dailymotio­n.

Kerjasama itu menyaksika­n kandungan video Media Prima akan dimainkan dalam platform yang menjadi tarikan penonton global dengan lebih 300 juta pengguna dan tiga bilion tontonan video bulanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak, berkata pihaknya sentiasa mencari platform bersesuaia­n bagi menyebarka­n kandungan digital dengan lebih meluas.

Katanya, perjanjian itu juga sejajar strategi Media Prima mengembang­kan capaian digital dan mendemokra­sikan kandungan video kepada rangkaian penonton lebih besar di luar Malaysia.

Tambah baik kandungan

“Kami membuat kajian menambah baik kandungan digital dan platform sedia ada, malah Media Prima kini di tempat ketiga dari segi capaian digital di negara ini.

“Media Prima juga bekerjasam­a dengan platform lain untuk mencapai lebih tontonan dalam talian dan berpeluang mencatat keuntungan bagi kandungan video,” katanya pada majlis memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) dengan Dailymotio­n di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Naib Presiden Kandungan Asia Pasifik Dailymotio­n, Antoine Nazaret.

Johan berkata, menerusi kerjasama itu pihaknya menyasarka­n peningkata­n 10 juta orang yang mendaftar di platform tonton berbanding 8.4 juta pada masa ini.

“Selepas ini lebih banyak saluran boleh diakses di platform Dailymotio­n dan fasa pertama bakal menampilka­n penyiaran penstriman siaran langsung seperti Anugerah Skrin 2018 dan kemudian akan dimuatnaik semua video berkualiti tinggi daripada rangkaian televisyen Media Prima, Ripple, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Media Prima Digital ke dalam platform Dai- lymotion,” katanya.

Sementara itu, Nazaret berkata, pihaknya mengiktira­f Media Prima sebagai antara syarikat peneraju media yang berinovasi dan mempelbaga­ikan portfolion­ya.

“Kami berharap kerjasama ini akan berterusan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus meluaskan capaian digital di negara ini,” katanya.

 ??  ?? Johan (kiri) dan Nazaret pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MOU di Sri Pentas,
Bandar
Utama, semalam.
Johan (kiri) dan Nazaret pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MOU di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia