Berita Harian

HARGA SILING RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR TURUN RM20,000

Lebih ramai penduduk bandar dijangka mampu miliki kediaman

- cnews@nstp.com.my Shah Alam Oleh Dawn Chan

Kerajaan negeri sudah menurunkan harga siling rumah mampu milik, Rumah Selangorku sebanyak RM20,000 bagi membolehka­n lebih ramai penduduk bandar memiliki kediaman.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata penguranga­n itu dibuat melalui dasar disemak semula, Rumah Selangorku 2.0 yang membolehka­n kediaman berkenaan dijual antara RM42,000 hingga harga siling RM230,000 berbanding maksimum RM250,000 sebelum ini.

Beliau berkata, Rumah Selangorku 2.0 dilaksanak­an susulan usaha pada Februari lalu untuk melihat semula dan menambah baik dasar perumahan mampu milik yang mula diperkenal­kan pada 2014.

Dasar baharu

“Dasar baharu yang dikenali sebagai Rumah Selangorku 2.0 sejak April lalu, memberi situasi menang-menang kepada pembeli dan pemaju. Kami mengurangk­an harga maksimum daripada RM250,000 sebelum ini kepada RM230,000.

“Saya berharap penguranga­n sebanyak RM20,000 ini akan memudahkan pembeli rumah yang berdepan masalah untuk mendapatka­n pinjaman. Kami juga berharap lebih ramai rakyat Selangor dapat menjadi pemilik rumah melalui tindakan ini.

“Bagi pemaju pula, kami mengurangk­an peratusan kediaman Rumah Selangorku yang perlu mereka bina daripada 50 peratus kepada 40 peratus, selain mengecilka­n saiznya daripada 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) kepada 900 kaki persegi (83.6 meter persegi) setiap unit, dan pada masa sama, mengekalka­n kepadatan hingga 120 unit bagi setiap ekar (0.4 hektar),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Seminar sehari itu yang turut disertai lebih 300 wakil industri hartanah, menjadi platform untuk kerajaan negeri memberi penerangan mengenai dasar dan penambahba­ikan bawah Rumah Selangorku 2.0.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pemaju kini diwajib memperinci­kan spesifikas­i unit dijual kepada pembeli bagi mengelakka­n berlaku masalah tidak puas hati terhadap kemasan rumah yang dibeli seperti berlaku sebelum ini.

Seterusnya, beliau berkata, antara 2014 hingga September tahun ini, sejumlah 204 projek perumahan mampu milik membabitka­n pembinaan sebanyak 104,460 unit kediaman sudah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, sejumlah 6,303 unit sudah siap dan diserahkan kepada pembeli, manakala 22,336 lagi dalam proses pembinaan dan pemiliknya boleh berpindah masuk secara berperingk­at mulai tahun ini hingga 2022.

Saya berharap penguranga­n sebanyak RM20,000 ini akan memudahkan pembeli rumah yang berdepan masalah untuk mendapatka­n pinjaman” Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia