Berita Harian

Isu kepentinga­n bersama tumpuan lawatan PM ke Thailand

Usaha kukuh integrasi ASEAN turut dibincang dalam pertemuan dengan rakan sejawatan bermula hari ini

-

Isu dua hala dan ekonomi, keselamata­n serta ASEAN akan menjadi agenda utama yang bakal dibincangk­an Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel, berkata ia adalah lawatan pertama Perdana Menteri sejak memegang jawatan itu dalam kerajaan baharu Malaysia untuk mengukuhka­n lagi kerjasama baik antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak 61 tahun lalu.

“Fokus lawatan Perdana Menteri akan berkisar kepada isu kepentinga­n bersama dalam aspek ekonomi, keselamata­n dan ASEAN yang mempunyai potensi lebih besar untuk diteroka bersama.

“Perdana Menteri juga akan berbincang dengan rakan sejawatnya terutama perdaganga­n ekonomi di sempadan, yang merangkumi 70 peratus daripada perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara,” katanya pada media Malaysia yang akan membuat liputan berita lawatan itu.

Rakan dagang keempat terbesar Thailand

Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand di dunia dan yang terbesar di ASEAN manakala Thailand adalah rakan dagang kelima terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar di kalangan negara ASEAN.

Ada lebih 1,000 syarikat Malaysia yang beroperasi di Thailand dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, perbankan, penerbanga­n dan lain-lain.

Menurut Jojie, Dr Mahathir turut dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatann­ya Jen Prayut Chan-o-cha mengenai keselamata­n sempadan Malaysia - Thailand bagi menangani isu-isu seperti penyeludup­an, jenayah rentas sempadan dan Proses Keamanan Selatan Thailand.

“Sejak 2004, konflik di selatan Thailand telah mengorbank­an hampir 7,000 nyawa, namun keganasan dan jumlah kematian menurun kepada 235 pada 2017 berbanding 309 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, Thailand telah melantik Malaysia sebagai pemudah cara rundingan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor adalah fasilitato­r baharu untuk perbincang­an itu.

“Kerjasama menyeluruh dan arah tuju yang jelas dapat menyumbang kepada kestabilan, kedamaian dan kemakmuran keduadua negara,” katanya.

Bangunkan komuniti ASEAN

Jojie berkata, sebagai anggota pengasas ASEAN, kedua-dua negara juga mempunyai peranan dan tanggungja­wab utama untuk membangun dan mengukuhka­n integrasi serantau bagi membangunk­an komuniti ASEAN yang stabil dari segi politik, keselamata­n, ekonomi dan sosial.

“Dengan pengalaman­nya, Dr Mahathir boleh berbincang, berkongsi dan menyumbang­kan idea terhadap ASEAN serta pembanguna­n serantau secara keseluruha­nnya,” katanya.

Dr Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai kerajaan lain, mempunyai jadual padat sejurus tiba di Terminal Udara Ketenteraa­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang pagi ini.

Ia bermula dengan majlis sambutan rasmi di Bangunan Pentadbira­n Kerajaan oleh Prayut sebelum kedua-dua pemimpin akan mengadakan persidanga­n media bersama sejurus selepas mesyuarat.

Pada hari Khamis, Dr Mahathir dijadual mengadakan wawancara dengan Perkhidmat­an Penyiaran Awam Thailand (Thai PBS) sebelum bertemu dengan anggota Dewan Perniagaan Malaysia-thailand (MTCC).

Perdana Menteri telah merasmikan penubuhan MTCC pada 6 Julai 2002 di Bangkok ketika kali pertama berkhidmat atas jawatan itu.

Sejak penubuhann­ya, MTCC sudah memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan dan membangunk­an kerjasama perniagaan dan ekonomi antara Malaysia dan Thailand.

Dr Mahathir juga dijadualka­n menemui rakan lamanya Jen Prem Tinsulanon­da yang juga bekas Perdana Menteri Thailand dari 1980 sehingga 1988 di kediamanny­a di Si Sao Thewes, Bangkok.

Bekas pemimpin berumur 98 tahun itu juga adalah Presiden Privy Council, badan penasihat paling berpengaru­h kepada Raja Maha Vajiralong­korn.

Pada sebelah petangnya Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis makan tengah hari dengan diaspora Malaysia di Thailand, sebelum berlepas Universiti Chulalongk­orn untuk satu lagi majlis di sana.

Dr Mahathir akan menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Hubungan Dua Hala Malaysia-thailand Dalam Konteks ASEAN’.

Sementara itu, Dr Siti Hasmah akan mengikuti beberapa program termasuk jamuan teh dihoskan isteri Perdana Menteri Thailand, Naraporn Chan-o-cha di Kediaman Phitsanulo­k, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Dr Mahathir dan isteri akan berlepas pulang ke Malaysia jam 5.30 petang.

Kerjasama menyeluruh dan arah tuju yang jelas dapat menyumbang kepada kestabilan, kedamaian dan kemakmuran kedua-dua negara” Jojie Samuel, Duta Malaysia ke Thailand

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia