Berita Harian

Bekas Ketua Pengarah MEIO didakwa

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, dijangka didakwa esok, dipercayai berhubung dakwaan penyelewen­gan dana berjumlah AS$12 juta (RM49.9 juta).

Menurut sumber, Hasanah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi menghadapi pertuduhan terbabit.

Difahamkan, Hasanah akan menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, membabitka­n pecah amanah oleh penjawat awam.

Penjara tak kurang 2 tahun

Seksyen itu menyebut, barang siapa diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitiny­a sebagai penjawat awam atau ejen, melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan hukuman sebatan dan denda.

Pada 28 Ogos lalu, beliau ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keesokanny­a, beliau direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan dana berkenaan.

Sebelum ini, Hasanah dikaitkan dengan dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).

Minta AS sokong Najib

Menerusi surat berkenaan, MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidik­an JPM didakwa meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbira­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia