Berita Harian

Ahli UMNO tepis dakwaan ‘parti sudah tiada’

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO masih wujud walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu sudah tiada.

“Kan saya ada. Nampak kan? UMNO masih ada. Nampak?” katanya kepada kumpulan media yang menyerbu beliau untuk mengulas dakwaan Dr Mahathir.

Presiden UMNO itu juga enggan melayan atau menangkis kenyataan Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.

“Tak apa lah. Suka hati dialah (hendak cakap apa). Suka hati dia (Dr Mahathir),” katanya.

Dr Mahathir semalam mendakwa UMNO yang dahulu memperjuan­gkan agama, bangsa dan negara, disifatkan sebagai sudah tiada di negara ini.

Perdana Menteri berkata, parti yang pernah dipimpinny­a dahulu itu sentiasa berusaha memperjuan­gkan nasib rakyat agar terbela, namun kini ia sudah tersasar daripada matlamatny­a.

Malah, Dr M juga berkata, perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Datuk Seri Najib Razak.

“Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada,” kata Dr Mahathir pada program Bicara Minda di Seksyen 15, di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatka­n kata-kata Dr Mahathir, iaitu ‘UMNO sudah tiada’ sekadar kenyataan politik untuk mendorong ahlinya keluar parti.

Kenyataan umpama umpan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, apa dizahirkan Dr Mahathir umpama umpan untuk mengajak ahli UMNO keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Biasalah. Itu hanya kenyataan politik. Barangkali Tun lebih faham UMNO berbanding orang lain. Itu kenyataan politik yang nak gesa ahli UMNO berhijrah dan masuk BERSATU.

“Realitinya, soal UMNO ditentukan ahli parti. Pemimpin pun tidak boleh buat keputusan. Saya meramalkan UMNO kekal. BERSATU hidup kalau UMNO mati,” katanya kepada NSTP di lobi Parlimen.

Annuar berkata, UMNO perlu menerima hakikat parti itu menjadi pembangkan­g dan bersabar apabila diserang parti kerajaan.

“Orang jadi kerajaan boleh lagak dan sombong sikit sebab ada kuasa. UMNO kena tahan dan tidak panik,” katanya.

Parti tak terkesan

Di Shah Alam, Setiausaha Perhubunga­n UMNO Selangor, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, berkata parti itu tidak terkesan dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa UMNO sudah tiada.

Beliau berkata, walaupun Dr Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, namun pada hakikatnya bekas Presiden UMNO itu masih bimbang terhadap kekuatan parti ini dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Memang benar UMNO ada hadapi pelbagai masalah. Namun, bukan kali pertama UMNO ditimpa masalah. Memang benar ramai pemimpin UMNO meninggalk­an parti selepas tidak menjadi kerajaan pada PRU-14, namun sejarah UMNO menunjukka­n pemimpinny­a datang dan pergi,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia