Berita Harian

PAC usaha buka kepada awam

Tindakan dibuat selagi tak sentuh isu keselamata­n

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam usaha membuka prosiding 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) kepada orang ramai yang dijangka bermula Isnin ini, selagi tidak menyentuh isu keselamata­n.

Bagaimanap­un, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata wujud halangan undang-undang seperti Perintah 85 Perintah Tetap dan Seksyen 9 Akta Hak dan Keistimewa­an Parlimen yang menghalang prosiding PAC dibuka kepada orang ramai.

“Kita masih berusaha ke arah itu (membuka mesyuarat PAC) dan berpendapa­t ia harus terbuka bagi menuju Parlimen dunia pertama,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

20 saksi dipanggil

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, adalah antara 20 saksi yang akan dipanggil dalam prosiding 1MDB.

Sementara itu, PAC menjangka laporan siasatan berkenaan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dilaporkan hilang dapat diselesaik­an pada sidang kali ini.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata prosiding semalam membabitka­n sesi menyoal kali kedua bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Prosiding hari ini (semalam) lebih singkat kerana PAC hanya bertanyaka­n soalan susulan berdasarka­n keterangan pertama Irwan.

“Pada siasatan tuntutan pembayaran balik GST, kita harap dapat membuat kesimpulan dan menutup kes ini sebelum akhir sidang Parlimen ini.

“Selepas menyoal saksi terakhir iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kita berharap dapat menutup kes ini dan mengemukak­an hasilnya kepada Parlimen,” katanya kepada media di Parlimen, semalam.

PAC sudah selesai menyoal bekas Mohd Irwan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah individu seterusnya yang akan disoal PAC berhubung perkara berkenaan, hari ini.

Siasatan PAC sebelum ini turut membabitka­n bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

 ??  ?? Wong Kah Woh
Wong Kah Woh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia