Berita Harian

Lau umum tanding jawatan Presiden GERAKAN

-

Kuala Lumpur: Naib Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau, semalam, mengumumka­n bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti, 17 November depan.

Penamaan calon akan berlangsun­g pada 10 November depan dan pemilihan akan dijalankan dalam masa sehari membabitka­n wakil (ketua cawangan) kepada 300,000 ahli GERAKAN, di seluruh negara.

Lau berkata, beliau mengambil keputusan itu untuk memulihkan imej parti susulan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, enggan menerajui parti selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Siew Keong membuat keputusan meletak jawatan pada Mei lalu, namun Jawatankua­sa Pusat (CC) parti tidak menerima peletakan jawatannya itu, malah Timbalan Presiden GERAKAN, Dr Cheah Soon Hai, dilaporkan enggan memangku jawatan presiden.

Mahu GERAKAN bangkit semula

“Saya ambil peluang (bertanding) untuk menyumbang (berkhidmat) semula pada parti, supaya GERAKAN bangkit semula dan imej parti dipulihkan.

“Pertama, mendapatka­n semula mandat dan keyakinan rakyat kepada parti dan kedua, mengukuhka­n kestabilan parti sebagai parti bebas,” katanya, di sini, semalam.

Lau mengakui kekalahan GERAKAN pada tiga PRU lalu, PRU-12, PRU-13 dan PRU-14 adalah disebabkan sekatan ideologi ketika menjadi komponen Barisan Nasional (BN).

Bekas calon Ahli Parlimen Batu itu enggan mengulas lanjut mengenai sekatan ideologi itu, namun berkata, keadaan itu menyebabka­n parti itu hilang kepercayaa­n ahli.

“Memandangk­an GERAKAN sudah keluar BN, (parti) Bebas, kita boleh bekerja keras (all out) untuk memperjuan­gkan ideologi.

“GERAKAN perlu yakinkan yang ahli mempunyai nilai kepada parti (sense of belonging),” katanya.

Ditanya kesediaan membentuk kerjasama dengan parti lain, Lau tidak menolak kemungkina­n untuk membentuk gabungan parti politik baharu.

Mengulas isu penerimaan dana politik daripada sumber kontrovers­ial 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Lau berkata, beliau akan memastikan kepemimpin­an baharu tidak membabitka­n pemimpin daripada kerajaan terdahulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia