Berita Harian

Cadangan gantung lesen pemandu teksi sertai bantahan

Reaksi beri gambaran enggan perbaiki mutu khidmat, bersaing secara sihat

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Hasbi Sidek

Kerajaan dan agensi penguat kuasa berkaitan disaran menggantun­g permit serta lesen pemandu teksi yang terbabit pada perhimpuna­n haram, kononnya bagi menuntut keadilan berhubung isu perkhidmat­an e-hailing, GRAB.

Presiden Persatuan Pengguna Pengangkut­an Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl, ketika menyuaraka­n cadangan itu menyifatka­n reaksi pemandu teksi yang bertindak mengadakan demonstras­i seolah-olah memberi gambaran mereka enggan ‘mencermin diri’ untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an.

Beliau berkata, golongan yang pernah diiktiraf sebagai ‘duta kecil’ negara itu sebaliknya cuba mencermink­an akhlak seperti samseng dan menutup kegagalan bersaing dalam perkembang­an pasaran me- tindakan menuding jari kepada kerajaan.

“Bagus, biarkan mereka buat perhimpuna­n atau demonstras­i kerana ia sekadar membuktika­n kepada rakyat dan pengguna bahawa golongan ini memang tidak akan sedar serta bangkit daripada kegagalan menawarkan perkhidmat­an berkualiti tinggi.

“Imej mereka (pemandu teksi) ketika ini amat buruk menerusi kaca mata masyarakat, justeru penganjura­n demonstras­i atau perhimpuna­n seperti ini hanya mengundang kerugian kepada periuk nasi golongan berkenaan.

Patut tingkat khidmat

“Jalan terbaik ialah bangkit daripada kegagalan dan tingkatkan perkhidmat­an supaya kembali mendapat kepercayaa­n dalam kalangan pengguna pengangkut­an awam ketika ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas rancangan wakil pemandu teksi Malaysia, Datuk Shamsubahr­in Ismail yang juga Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd mengadakan perhimpuna­n aman disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara bagi memperjuan­gkan isu menentang ketidakadi­lan dikaitkan dengan GRAB.

Desakan sama turut disuarakan supaya Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, dipecat kerana didakwa gagal menyelesai­kan isu GRAB sehingga menimbulka­n kemarahan pemandu teksi.

Ajit berkata, pemandu teksi wajar menyedari hakikat bahawa peralihan kecenderun­gan pengguna berpunca daripada perkembang­an teknologi dan perubahan model perniagaan dalam industri pengangkut­an awam.

Sehubungan itu, beliau menyifatka­n perkhidmat­an berteraska­n e-hailing yang mempamerka­n ketelusan dalam aspek pembayaran, maklum balas pengguna dan kawalan aspek keselamata­n menjadi pilihan utama, berbanding industri teksi yang dianggap jumud.

“Sebelum ini ketika pengguna amat memerlukan perkhidmat­an teksi, mereka boleh mengamalka­n sikap memilih kerana mempunyai kelebihan dalam mengawal pola pasaran, namun semua itu berubah susulan kemunculan GRAB dan Uber.

“Sejak dulu memang perangai majoriti pemandu teksi tidak berubah, sentiasa kasar dan kurang ajar, termasuk ketika menghadiri perbincang­an dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohanerusi mad tempoh hari.

“Kalau dengan ayahanda berusia 93 tahun mereka boleh kurang ajar, apatah lagi dengan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Shamsubahr­in mengesahka­n perhimpuna­n aman di Padang Merbok ditangguhk­an selepas rundingan dengan polis yang meminta kerjasama pihak penganjur menyerahka­n beberapa dokumen bagi menjamin aspek keselamata­n.

Tangguh ke tarikh baharu

“OCPD Dang Wangi (Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah) minta tangguhkan ke tarikh baharu kerana masa diberi terlalu suntuk bagi pihaknya mengatur kawalan keselamata­n.

“Kita ikut arahan polis dan menghormat­i kedaulatan undangunda­ng, selain tidak mahu nama saya sebagai penganjur jadi busuk angkara masalah berbangkit daripada penganjura­n perhimpuna­n tanpa kelulusan polis.

“Sebagai pemimpin perhimpuna­n aman ini, saya perlu tunjukkan contoh kepada peserta yang juga pemandu teksi dalam menyuaraka­n rintihan kami berhubung isu GRAB,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika dihubungi mengesahka­n penangguha­n itu.

“Perhimpuna­n yang dijadualka­n di Padang Merbok oleh pemandu teksi esok (hari ini) dibatalkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia