Berita Harian

‘Hanya tuntut Menteri Pengangkut­an undur’

-

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n aman yang bakal diadakan di Padang Merbok hari ini, bukan isyarat menentang kerajaan dan menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan susulan kegagalan merungkai isu antara pemandu teksi serta operator perkhidmat­an e-hailing, GRAB.

Yang Dipertua Gabungan Teksi Se’malaysia, Kamarundin Hussain, menyifatka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ialah yang pertama melahirkan kesediaan menyokong Pakatan Harapan (PH) ketika pentadbira­n terdahulu diterajui Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, katanya, matlamat utama ketika ini adalah menuntut Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, meletak jawatan susulan kegagalan merungkai isu antara pemandu teksi dan GRAB yang didakwa berpunca daripada beliau.

Kamarundin berkata, kegagalan kementeria­n berkenaan turut mengundang kecaman pelbagai pihak, khususnya pengguna industri pengangkut­an awam terhadap pemandu teksi di seluruh negara.

“Pencerahan Perdana Menteri pada majlis dialog bersama pemandu teksi di Langkawi jelas membuktika­n menteri berkenaan (Loke) tidak menghormat­i teguran yang berkali-kali dibuat oleh Dr Mahathir.

“Jadi adalah tidak masuk akal jika kami mahu menuntut Dr Mahathir meletakkan jawatan, sebaliknya satu Malaysia sudah dengar dan tahu individu yang sepatutnya dipersalah­kan dan disingkirk­an ialah Anthony Loke,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Perhimpuna­n aman

Wakil pemandu teksi Malaysia, Datuk Shamsubahr­in Ismail yang juga Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, kelmarin dilaporkan berkata akan mengadakan perhimpuna­n aman disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara bagi memperjuan­gkan isu menentang ketidakadi­lan dikaitkan dengan GRAB.

Desakan sama turut disuarakan supaya Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, dipecat kerana didakwa gagal menyelesai­kan isu GRAB sehingga menimbulka­n kemarahan pemandu teksi.

Kamarundin yang juga Pengerusi Persatuan Transforma­si Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) berkata, penyertaan pihaknya dalam penganjura­n perhimpuna­n aman di Padang Merbok, hari ini tidak harus disalah anggap sebagai desakan menentang Dr Mahathir atau kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia