Berita Harian

‘Daftar pemandu e-hailing’

Elak operasi seperti teksi sapu atau ‘ulat’

-

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof, Luqman Arif Abdul Karim, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Kementeria­n Pengangkut­an wajar mewajibkan pemandu perkhidmat­an e-hailing berdaftar bagi mengelak operasinya tidak ubah seperti teksi sapu atau ‘ulat’.

Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutua­n dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, berkata kegagalan mendaftar memungkink­an apa juga kenderaan digunakan untuk mengambil penumpang.

Katanya, ia berbeza dengan syarat utama teksi ialah kenderaan dengan kuasa 1.5 ke atas saja dibenarkan beroperasi.

“Jika kerajaan mewajibkan teksi berdaftar, kenapa tidak pemandu perkhidmat­an ehailing yang tidak ada bezanya dengan teksi sapu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aslah turut menyatakan kekesalan kerana kerajaan didakwa tidak memantau caj tambang dikenakan e-hailing yang nyata lebih rendah berbanding perkhidmat­an teksi.

“Secara purata, caj dikenakan teksi bermula RM3 dan e-hailing adalah RM2. Perbezaan harga ini tidak seharusnya dibiarkan kerana walaupun nampak lebih rendah, tetapi pada waktu tertentu seperti waktu sesak, kadar dikenakan boleh jadi lebih tinggi tanpa daripada teksi bermeter,” katanya.

Dakwa Grab menyalahi akta

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludi­n, berkata isu berkenaan dibangkitk­an pemandu teksi kerana tatacara dan pengendali­an Grab menyalahi Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Katanya, ia berikutan kenderaan persendiri­an digunakan sebagai kenderaan awam.

“Bagaimana orang awam boleh menjadi pemandu dengan mudah kerana kalau kalau betul, pamerkan kad pemandu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata kerajaan perlu melakukan perbincang­an antara Grab, wakil persatuan teksi dan persatuan pengguna dalam menyelesai­kan kemelut berkenaan.

Beliau yang juga EXCO Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) berkata, perbezaan kadar caj Grab dan teksi bukan persaingan sihat kerana boleh bertukar kepada monopoli apabila ramai dalam kalangan pemandu teksi hilang sumber pendapatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia