Berita Harian

Wujudkan kesamarata­an dalam persaingan

-

Kuala Lumpur: Usaha merungkai isu perkhidmat­an e-hailing bukan menerusi pemberian bantuan kewangan, sebaliknya lebih terarah kepada penggubala­n dasar yang berupaya menangani birokrasi.

Pada masa sama, ia perlu merangkumi jaminan keselamata­n dan memudahkan pemandu teksi menyara kehidupan.

Pengarah Eksekutif Pick n Go Sdn Bhd, Valerie Chan Chee Ching, ketika menyuaraka­n pendirian itu, mengakui ledakan teknologi menyaksika­n pilihan pengguna beralih kepada perkhidmat­an ehailing, menyebabka­n hampir 67,000 individu yang bergantung kepada industri teksi sebelum ini untuk menyara kehidupan mengharung­i cabaran getir.

“Bagi mereka, memandu teksi bukan sekadar tugas di hujung minggu, tetapi sebuah kerjaya.

“Sebilangan besar daripada 67,000 orang ini tidak tahu menceburi bidang selain menjadi pemandu teksi.

“Oleh itu, membantu bukan bermaksud memberikan bantuan kewangan seperti geran RM5,000 atau menghapusk­an e-hailing dan menjanjika­n kad minyak, sebaliknya bimbing mereka untuk keluar daripada dibelenggu masa lampau dan berupaya berada di masa depan.

“Pendekatan yang lebih proaktif diperlukan terhadap aspek kawalan dan penguatkua­saan, bukan penyelesai­an jangka pendek kerana kita perlu pastikan pemandu teksi kekal dalam pasaran industri pengangkut­an awam.

e-hailing, teksi boleh ‘hidup’ bersama

“Kami percaya syarikat e-hailing dan teksi boleh ‘hidup’ bersama, asalkan wujud kesamarata­an dalam persaingan. Masyarakat Malaysia berhad mendapat perkhidmat­an terbaik daripada industri ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas sesi dialog di Langkawi yang dipengerus­ikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Chee Ching menegaskan, PICKNGO sebagai platform aplikasi teksi berteraska­n ehailing merangkumi lima syarikat dan kira-kira 10,000 pemandu ialah golongan profesiona­l serta sentiasa menjaga tingkah laku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia