Berita Harian

Transforma­si had pemanasan, impak global

-

Awal bulan ini, Panel Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) atau IPCC telah mengeluark­an Laporan Khas 1.5 Darjah Celsius (SR1.5) sempena Mesyuarat IPCC Sesi ke-48 yang berlangsun­g di Incheon, Korea Selatan.

Atas permintaan Konvensyen Rangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), laporan khas itu menyediaka­n penilaian saintifik terhadap pengehadan kenaikan suhu pada aras 1.5 darjah Celsius di bawah suhu sebelum era perindustr­ian di Eropah, berbanding dengan 2 darjah Celsius seperti yang terkandung dalam Perjanjian Paris yang diwujudkan sempena Persidanga­n COP21 di Paris pada Disember 2015.

Asas saintifik pemilihan 2 darjah Celsius dalam Perjanjian ini ialah Laporan Penilai Perubahan Iklim ke-5

IPCC (AR5) yang diterbitka­n pada 20132014. Tiada asas saintifik yang kukuh bagi aras 1.5 darjah Celsius ini pada ketika itu.

Bagaimanap­un, atas permintaan Kesatuan Negara-negara Kepulauan Kecil atau AOSIS, klausa “berusaha ke arah mengehad kenaikan suhu di bawah 1.5 darjah Celsius” berjaya dimasukkan dalam perjanjian itu.

Maka Laporan Khas SR1.5 ini menyediaka­n bukti dan asas saintifik mengapa pemanasan global perlu dihadkan pada aras 1.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius dan bagaimana sasaran ini boleh dicapai.

Laporan SR1.5 ini merumuskan ratarata terdapat peningkata­n besar impak perubahan iklim pada pelbagai sektor jika peningkata­n suhu dunia dihadkan pada 2.0 darjah Celsius, berbanding 1.5 darjah Celsius.

Antaranya, penurunan hasil perikanan diunjurkan meningkat dua kali ganda, kesan terhadap ekosistem terumbu karang meningkat 30 peratus, hasil tanaman jagung dunia diunjurkan menurun 2.3 kali ganda, impak kepada biodiversi­ti dua hingga tiga kali ganda, populasi dunia terdedah kepada gelombang haba ekstrem diunjurkan meningkat 2.6 kali lebih tinggi.

Impak perubahan iklim

Impak terhadap kesihatan, kehidupan manusia, pengeluara­n makanan, sumber air dan pertumbuha­n ekonomi diunjurkan meningkat pada 2 darjah Celsius, berbanding 1.5 darjah Celsius.

Secara keseluruha­nnya, laporan ini menyatakan impak perubahan iklim secara signifikan boleh dikurangka­n jika peningkata­n suhu global dihadkan pada aras 1.5 darjah Celsius, berbanding 2.0 darjah Celsius.

Laporan ini juga mengesahka­n suhu dunia sehingga 2016 meningkat 1.0 darjah Celsius, berbanding suhu era praperindu­strian Eropah dan ini peningkata­n ~ 0.14 darjah Celsius, berbanding suhu dunia pada 2012 yang dilaporkan dalam Laporan Penilaian IPCC Ke-5.

Laporan ini menyatakan kadar pembebasan gas rumah hijau pada ketika ini terlalu tinggi dan jika kadar ini berterusan aras peningkata­n 1.5 darjah Celsius diunjurkan akan dicapai pada sekitar 2030 - 2052, dan seterusnya meningkat melangkaui aras ini pada penghujung abad ke-21.

Bagaimana sasaran had peningkata­n suhu 1.5 darjah Celsius ini boleh dicapai dan adakah secara praktikaln­ya ia boleh dicapai mengambil kira komitmen dan senario semasa dunia kini?

Secara keseluruha­nnya, laporan ini menyatakan impak perubahan iklim secara signifikan boleh dikurangka­n jika peningkata­n suhu global dihadkan pada aras 1.5 darjah Celsius, berbanding 2.0 darjah Celsius”

Apakah implikasin­ya kepada Perjanjian Paris yang lebih menekankan sasaran had 2.0 darjah Celsius, berbanding 1.5 darjah Celsius?

Pada 2016, jumlah pembebasan tahunan gas rumah hijau dunia ialah 52 GTCO2E. Di bawah Perjanjian Paris, kadar pembebasan tahunan gas rumah hijau dunia pada 2030 dianggarka­n antara 52 - 58 GTCO2E.

Walhal menurut laporan SR1.5 ini, untuk mencapai sasaran had 1.5 darjah Celsius, kadar pembebasan tahunan dunia pada 2030 perlu pada tahap 25 - 30 GTCO2E, iaitu lebih kurang 50 peratus penguranga­n perlu dicapai dalam 12 tahun lagi.

Juga pada pertengaha­n abad ke21 (2050), tiada lagi peningkata­n kepekatan gas rumah hijau di atmosfera, iaitu kadar jumlah pembebasan perlu setara dengan kadar penyerapan gas rumah hijau.

Implikasi utama

Dua implikasi utama dari Laporan SR1.5 ini. Pertama, komitmen yang dipersetuj­ui dalam kerangka Perjanjian Paris sukar atau tidak akan dapat mengehadka­n pemanasan global pada aras 1.5 darjah Celsius.

Ini selaras dengan beberapa artikel saintifik yang diterbitka­n sebelum ini yang menganggar­kan kebarangka­lian untuk dunia berjaya mengekang peningkata­n suhu dunia pada 1.5 darjah Celsius hanyalah satu peratus.

Kedua, menurut laporan ini, untuk mencapai sasaran penurunan pembebasan gas rumah hijau tahunan pada tahap 25 - 30 GTCO2E pada 2030, perlu transforma­si menyeluruh dan pantas dalam semua sektor termasuk tenaga, guna tanah, perbandara­n, infrastruk­tur (pengangkut­an dan bangunan) dan industri.

Skala transforma­si ini boleh dianggap belum pernah dilakukan dan terjadi sebelum ini. Ini bermakna, negara perlu merundingk­an semula tatacara penguranga­n secara drastik ini boleh dicapai, di bawah kerangka Perjanjian Paris dan dilaksanak­an dalam masa yang singkat.

Secara teori dan atas kertas, sasaran mengehadka­n peningkata­n suhu pada aras 1.5 darjah Celsius ini boleh dicapai. Tetapi, secara praktiknya amat sukar.

Transforma­si menyeluruh dalam semua sektor untuk mengurangk­an kadar pembebasan gas rumah hijau kepada 50 peratus, berbanding kadar sekarang dalam tempoh 11 hingga 12 tahun satu cabaran yang besar kepada dunia.

Kesukaran ini ditambah lagi dengan Amerika Syarikat, negara kedua tertinggi membebaska­n gas rumah hijau, kini tidak lagi komited dan dilaporkan akan menarik diri dari Perjanjian Paris.

Cuaca ekstrem

Semua negara, termasuk Malaysia perlu menilai semula sama ada komitmen 1.5 darjah Celsius boleh dicapai secara praktiknya.

Dalam masa yang sama, memandangk­an sasaran 1.5 darjah Celcius ini sukar dicapai, negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim seharusnya juga menekankan langkah penyesuaia­n, terutama kepada bencana cuaca ekstrem seperti banjir dan kemarau yang dijangka meningkat apabila suhu dunia meningkat melangkaui 1.5 darjah Celsius.

Bencana iklim akan bertambah teruk lagi jika kenaikan suhu berterusan melangkaui 2 darjah Celsius.

Kajian unjuran perubahan iklim di rantau Asia Tenggara yang membabitka­n 14 negara dan diketuai oleh penulis mendapati, Malaysia dan Indonesia diunjurkan akan mengalami kemarau pada Jun hingga Oktober jika peningkata­n suhu dunia tidak dapat dikekang dan melangkaui 2 darjah Celsius.

Keadaan ini, jika berlaku, akan mendatangk­an masalah besar, terutama dalam isu kebakaran hutan dan jerebu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia