Berita Harian

Tak perlu tribunal siasat SPR

Pengerusi baharu diyakini mampu selesai pelbagai perkara berbangkit

-

Kerajaan tidak melihat keperluan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata ia berikutan sudah ada pelantikan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) baharu dan pemendekan tempoh perkhidmat­an lima ahli SPR, berkuat kuasa Januari depan.

Susulan perkembang­an terkini peletakan jawatan ahli SPR itu, katanya, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi.

Belum masa

“Mengenai penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja, saya rasa belum sampai masa untuk mengendali­kan isu itu kerana perkara diuruskan mahkamah,” katanya menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH DAPKOTA Melaka) pada Sesi Jawapan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Vui Keong berkata, Pengerusi SPR yang baharu, Azhar Azizan Harun, giat melakukan penambahba­ikan diperlukan.

Tambah baik SPR

“SPR sedang menjalanka­n proses pembaharua­n dan kita yakin Pengerusi SPR yang baharu akan menambah baik SPR dan menyelesai­kan pelbagai masalah berbangkit,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Poay Tiong mengenai ketiadaan tribunal menyebabka­n isu salah laku PRU-14 gagal diselesaik­an, Vui Keong berkata, perkara dibangkitk­an seperti akauntabil­iti, Borang 14, pengundi hantu dan persempada­nan semula, adalah perkara utama sedang ditangani.

“Isu Borang 14 sudah dibawa ke mahkamah. Saya difahamkan kebanyakan petisyen ada yang sudah didengar dan ada ditolak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN Umno-ketereh) mengenai pelantikan aktivis politik sebagai Pengerusi SPR memberi kesan kepada akauntabil­iti suruhanjay­a itu, Vui Keong yakin Azhar Azizan mampu melaksanak­an tugas dengan bertanggun­gjawab.

 ??  ??
 ??  ?? Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia