Berita Harian

Pengurusan tertinggi putuskan

Najib akan bincang dengan Presiden UMNO

-

Datuk Seri Najib Razak akan berbincang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kedudukan Presiden UMNO itu yang kini berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah.

Bagaimanap­un, Najib yang juga bekas Presiden UMNO menegaskan sebarang keputusan membabitka­n kedudukan Ahmad Zahid akan diputuskan pengurusan tertinggi UMNO.

“Saya tiada dalam kepemimpin­an UMNO, jadi biar perkara ini dihadapkan kepada kepemimpin­an UMNO.

“Saya tiada pendapat dalam hal ini (cadangan supaya Ahmad Zahid bercuti). Apa-apa pun, saya akan bincang dengan Zahid dalam hal ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Ada pihak dalam UMNO mencadangk­an Ahmad Zahid bercuti daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO selepas dihadapkan ke mahkamah berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata, prosedur operasi standard (SOP) kepemimpin­an tertinggi bercuti jika dihadapkan ke mahkamah tidak terpakai dalam kes Ahmad Zahid kerana ia dibuat ketika UMNO menjadi kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini berkata, Ahmad Zahid mungkin perlu berehat sementara daripada menjalanka­n tugas partinya berikutan tuduhan berkenaan.

Mohamad berkata, SOP ditetapkan pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tertinggi bercuti jika mereka berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

Tak senang dengan soalan

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan bercuti sementara berikutan kes mahkamahny­a itu dilihat kurang senang dengan soalan berkenaan.

“Apa hak you (anda) nak bertanya soalan itu, apa hak you nak bertanya soalan itu,” katanya sambil tersenyum dan berlalu.

Ketika ditanya oleh wartawan lain mengenai perkara sama, Zahid menjawab:

“Tidak perlu.”

Ahmad Zahid ketika itu sedang berjalan keluar dari Dewan Rakyat bersama bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib menjawab soalan wakil media selepas persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO BERNAMA] Najib menjawab soalan wakil media selepas persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia