Berita Harian

Keselamata­n bangunan tinggi ditambah baik elak tragedi

-

keselamata­n bangunan tinggi akan ditambah baik bagi mengelak tragedi, termasuk kejadian kanak-kanak terjatuh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata secara umumnya, ciri keselamata­n pembinaan bangunan tinggi adalah mengikut spesifikas­i Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS).

Bagaimanap­un, katanya, kementeria­n sedia mengkaji untuk ditambah baik jika ada keperluan.

Ukuran pagar balkoni satu meter

“UKBS menetapkan setiap balkoni mesti mempunyai railing (pagar) tidak kurang dari satu meter.

“Dari segi spesifikas­i dan struktur sudah ada (ciri-ciri keselamata­n), maka kita perlu lihat balik sama ada perlu atau tidak pembinaan pagar lebih tinggi,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH Dap-bukit Bintang) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Zuraida berkata, pihaknya tidak mahu rumah dilihat seperti penjara dengan mengenakan peraturan pelbagai hadangan seperti pagar tinggi.

Katanya, keadaan itu akan menjadikan penghuniny­a tidak bebas.

Terdahulu menjawab soalan Alice Lau (PH Dap-lanang), Zuraida berkata, syarikat iscada Net Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat tunggal mengendali­kan pemasangan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) berdasarka­n tawaran tender terbaik.

Beliau berkata, kontrak syarikat terbabit akan tamat pada 2020 dan kementeria­n akan menyemak semula bagi mengelak monopoli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia