Berita Harian

Gejala LGBT dalam negara terkawal: Mujahid

-

Lesbian, Gay, Biseksual, Transgende­r (LGBT) di negara ini masih terkawal susulan pelbagai program pemulihan diwujudkan untuk golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata semua pihak berperanan dalam menangani isu berkaitan LGBT.

“Kita jangan terlalu mudah menghukum sesuatu bencana itu termasuk yang berlaku di Palu, Indonesia sebagai bala berkaitan LGBT.

“Dalam keadaan hari ini, isu LGBT walaupun permasalah­an tapi masih di bawah kawalan. Jangan terlalu mudah menghukum bala itu hanya dengan membuat satu-satu contoh, maka akan tiba satu bala.

“Apa yang perlu dibuat dan bincang ialah bagaimana menanganin­ya supaya ia tidak berleluasa,” katanya menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH Pkr-setiawangs­a) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Nik Nazmi meminta penjelasan dari segi agama berhubung tindakan menghukum sesuatu peristiwa sebagai bala tanpa asas agama yang betul.

Mujahid berkata, orang Islam perlu menerima tiada bala menimpa tanpa izin Allah, tetapi tidak wajar menjatuhka­n hukum sesuatu bencana akibat perbuatan tertentu.

“Kalau kita kaji kisah kaum yang dihancurka­n dan di sini dirujuk kepada kaum Luth, perbuatan mereka terlalu terserlah. Mereka tidak segan silu melakukann­ya secara terbuka dan kerana itulah diturunkan bala,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN UMNO-BAGAN Datuk) dalam soalan tambahanny­a mengaitkan gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia sebagai bala Allah kerana mendakwa ada kira-kira 1,000 golongan LGBT di kawasan berkenaan.

Situasi di Malaysia

“Kita lihat situasi di Malaysia turut membimbang­kan yang mana kita tahu kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu baru-baru ini dikhabarka­n ada kira-kira 1,000 mereka yang terbabit dalam aktiviti berkenaan (LGBT). Akibatnya seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman Allah,” katanya.

Menjawab soalan Ahmad Zahid mengenai keberkesan­an Program Mukhayyam yang dijalankan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) bagi membantu golongan LGBT, Mujahid berkata, ada peserta program yang sudah menukar penampilan kepada fitrah asal.

“Ada kelompok dalam LGBT ini tampil berbeza dengan fitrah asal sedang berusaha meninggalk­an perbuatan songsang itu dan mengakui dapat mengingati semula perkara asas dalam agama seperti ibadat solat.

“Ada juga kumpulan sedang berusaha meninggalk­an perbuatan itu,” katanya.

 ??  ?? Mujahid Yusof Rawa
Mujahid Yusof Rawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia