Berita Harian

12 pegawai belia dan sukan direman

-

Johor Bahru: Seramai 12 daripada 15 pegawai belia dan sukan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, kelmarin, direman selama lima hari.

Perintah reman dikeluarka­n oleh Majistret Siti Hajar Ali di sini, semalam, terhadap semua suspek berusia 30-an hingga 50an itu selepas membenarka­n permohonan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar.

Suspek membabitka­n sembilan lelaki dan tiga wanita direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Baki tiga suspek ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan SPRM, kelmarin.

Kelmarin, SPRM dalam satu kenyataan media berkata, 15 pegawai belia dan sukan terbabit ditahan susulan tangkapan pada 1 Oktober lalu.

Subahat dengan kontraktor

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek disyaki bersubahat dengan kontraktor untuk membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjura­n Program Liga Sukan bagi semua daerah di negeri ini.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjura­n program berkenaan didakwa dilakukan di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang, dan Kota Tinggi sepanjang 2015, namun ia tidak dilaksanak­an.

Jumlah keseluruha­n tuntutan palsu terbabit melebihi RM90,000, manakala semua suspek ditahan adalah pegawai belia dan sukan yang bertugas di pejabat belia dan sukan daerah di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia