Berita Harian

‘Terlalu awal tentukan pemenang Timbalan Presiden’

-

Shah Alam: Terlalu awal mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarny­a, Mohd Rafizi Ramli dalam pertembung­an merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pemilihan parti peringkat Selangor.

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang juga Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia berikutan sejumlah besar undi ragu yang masih belum diproses sementara pemilihan di Selangor akan tamat pada Ahad ini.

“Kita perlu menunggu sehingga akhir minggu ini untuk mengetahui keputusann­ya. Sehingga itu semua undi ragu akan dikira. Ramai yang keluar mengundi di Selangor, justeru ia bermakna banyak juga undi ragu.

“Di Pahang, misalnya, keputusan pengiraan awal di negeri itu menunjukka­n Mohamed Azmin kalah dengan 200 undi. Namun, selepas pengiraan undi ragu, beliau menang dengan majoriti 90 undi.

Tambah baik daftar pemilih

“Saya fikir ini adalah trend di banyak tempat terutama di kawasan yang kita punyai ramai ahli lama tetapi sistem tidak mempunyai maklumat terkini mereka.

“Apa yang perlu ditambah baik ialah daftar pemilihan PKR. Ia perlu terkini bagi mengelakka­n berlaku kelewatan (dalam pengiraan),” katanya yang temui media selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor di sini, semalam.

Ditanya sama ada Mohamed Azmin atau Mohd Rafizi patut menunjukka­n keyakinan mereka untuk memenangi kerusi nombor dua parti, Amirudin berkata, perang psikologi memang biasa dalam pemilihan.

Di Kuantan, PKR Pahang tidak setuju cadangan Naib Presiden parti itu, Tian Chua menangguhk­an pengumuman keputusan pemilihan PKR yang sedang berlangsun­g ketika ini.

Pengerusin­ya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, tidak ada keperluan untuk menangguhk­an pengumuman semua keputusan hanya kerana didakwa berlaku masalah di beberapa lokasi pemilihan.

“Kalau tidak ada bukti cukup mengenai dakwaan dibuat Tian Chua, tidak perlulah kita tangguh semua.

“Namun, perkara (dakwaan) dibuat Naib Presiden ini perlu dipandang serius oleh Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Disiplin kerana ia membabitka­n kredibilit­i PKR juga.

“Bukan semua tempat pemilihan bermasalah, hanya membabitka­n beberapa lokasi pemilihan, jadi, tidak perlulah sampai kita tangguhkan (pengumuman keputusan),” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas gesaan dibuat bekas Ahli Parlimen Batu itu yang meminta PKR menangguhk­an pengesahan keputusan pemilihan parti bagi memberi laluan kepada siasatan menyeluruh dan bebas terhadap insiden kekecohan di beberapa lokasi pemilihan parti berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia