Berita Harian

Firma Jerman dipelawa teroka peluang

Kerajaan terbuka dengar cadangan syarikat automotif beroperasi di Malaysia

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerajaan membuka peluang kepada pengeluar kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, ketika ini terdapat banyak syarikat automotif Jerman yang beroperasi di Malaysia dan kebanyakan­nya berjaya mengeluark­an kereta secara pemasangan tempatan dengan menggunaka­n banyak komponen tempatan.

“Ia jelas menunjukka­n kejayaan diraih mereka di Malaysia dan seki ranya ada berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga, kami terbuka untuk mendengar sebarang cadangan.

“Sama ada ketika ini sudah ada syarikat automotif Jerman yang menyerahka­n cadangan mereka kepada kementeria­n, (pengumuman­nya) perlu ditunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan prapelanca­ran Pusat Kecemerlan­gan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysiaba­varia di Menara MITI, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Duta Jerman ke Malaysia, Nikolaus Graf Lambadorff dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Mengulas perkara sama, Lambadorff berkata, mungkin ramai yang tidak tahu, banyak kereta Jerman yang berada di atas jalan raya di Malaysia dihasilkan di negara ini.

Kembangkan operasi syarikat

“Saya tahu sekurangku­rangnya empat pengeluar kereta Jerman yang mahu mengembang­kan operasi mereka di Malaysia dan mahu meningkatk­an pengeluara­n di sini.

“Mereka bukan saja mahu meneroka pasaran di Malaysia, malah di negara di ASEAN. Namun, saya masih belum bercakap dengan mereka (mengenai projek kereta nasional ketiga), jadi saya tidak tahu (maklum balas mereka),” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai ACES, Jesabingam berkata kerajaan melabur sebanyak RM12 juta dalam menyediaka­n bangunan dan kemudahan untuk pusat kecemerlan­gan itu yang akan mula beroperasi pada awal tahun depan.

“Penubuhan ACES adalah selari dengan aspirasi kerajaan dalam menghasilk­an ekonomi berpacukan produktivi­ti dan pusat ini bukan hanya di Pahang, malah di seluruh negara dan ASEAN,” katanya.

Penubuhan ACES adalah inisiatif bersama di antara ECERDC dan TUM Internatio­nal Gmbh dari Jerman yang terletak di Gambang, Pahang.

Ia menyediaka­n perkhidmat­an perundinga­n, khidmat nasihat, pensijilan industri 4.0 dan latihan dalam amalan dan teknologi pintar untuk Malaysia dan Asia Tenggara.

 ??  ?? Kian Ming (tengah) bersam Lambsdorf (kanan) danjebasin­gam (kiri) selepas majlis prapelanca­ran Pusat Kecemerlan­gan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysia-bavaria di Kuala Lumpur, semalam.
Kian Ming (tengah) bersam Lambsdorf (kanan) danjebasin­gam (kiri) selepas majlis prapelanca­ran Pusat Kecemerlan­gan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysia-bavaria di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia