Berita Harian

Program bantu B40 perlu ditambah baik

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Program atau inisiatif bagi golongan B40 sewajarnya diteruskan atau ditambah baik walaupun negara mengalami perubahan tampuk kepemimpin­an, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata, ia bagi memastikan setiap wang yang dibelanjak­an kerajaan menepati golongan sasaran dan tidak berlaku sebarang pembaziran.

“Dalam konteks ini, penilaian terhadap pangkalan data bagi penerima bantuan kerajaan perlu dikemas kini supaya hanya golongan yang benar-benar layak akan menerimany­a.

“Contohnya, jika pesara menerima wang pencen dan pada masa yang sama turut menerima wang daripada anak-anak mereka, maka jumlah bantuan kerajaan itu bolehlah dikurangka­n atau dikecualik­an memandangk­an anak-anak mereka telah pun memberi bantuan kewangan bulanan secara konsisten.

“Oleh itu, perlu ada lawatan ataupun komunikasi dengan penerima bantuan bagi menilai keadaan mereka yang sebenar. Natijah bagi bantuan kewangan yang diberikan ini adalah untuk memastikan pengagihan pendapatan negara berlaku dengan lebih adil dan inklusif,“katanya kepada NSTP Bisnes.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor pula berpendapa­t langkah meningkatk­an kesejahter­aan rakyat adalah antara prinsip tunjang yg diketengah­kan oleh kerajaan.

Beri peluang

“Antara inisiatif penting bagi mencapai objektif itu ialah memastikan setiap golongan masyarakat diberikan peluang untuk mengecapi hasil kemakmuran negara.

“Kesaksamaa­n dari segi peluang kepada golongan sasar seperti B40 dari sudut pendidikan, perniagaan, kesihatan dapat membantu merapatkan jurang antara golongan berada dan kurang berkemampu­an.

“Justeru, polisi dan program bagi membantu golongan ini harus diteruskan dan keberkesan­anya diukur bagi tujuan penambahba­ikan. Pergerakan sosial secara langsung akan memberi kesan positif kepada ekonomi domestik,” katanya.

Pembentang­an bajet tahun lalu menyaksika­n pelbagai inisiatif diperuntuk­kan untuk membantu meningkatk­an kehidupan golongan B40.

Antaranya temasuklah memperkena­lkan penguranga­n kadar cukai individu sebanyak dua peratus bagi mereka yang memiliki pendapatan bercukai antara RM20,000 dan RM70,000 setahun.

Selain itu, inisiatif lain termasukla­h peruntukan sebanyak RM100 juta untuk Program erezeki, eusahawan dan eladang selain pinjaman mudah disediakan sebanyak RM120 juta kepada 1,000 usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia yang mana kadar faedahnya hanyalah empat peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia