Berita Harian

Bajet 2019 jadi platform rangsang semula ekonomi

-

Affin Islamic Bank Bhd (Affin Islamic), anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd (Affin Bank) berharap Bajet 2019 mampu menjadi platform tepat dalam merangsang kembali pertumbuha­n ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nazlee Khalifah, berkata pihaknya berharap belanjawan yang akan dibentangk­an di Parlimen pada 2 November depan dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada negara.

“Dari sektor perbankan, apa yang diharapkan dalam Bajet 2019, kerajaan akan mengumumka­n dasar yang akomodatif untuk merancakka­n kembali perkembang­an ekonomi yang perlahan pada tahun ini.

Sediakan perkhidmat­an

“Malah, belanjawan kali ini juga perlu menjadi perangsang dalam mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi pada 2019 supaya ia memberi manfaat kepada pelbagai industri,” katanya pada sidang media selepas pemeteraia­n kerjasama Affin Islamic dengan MAHSA University di Jenjarom, semalam.

Kerjasama dua pihak itu menyaksika­n Affin Islamic akan menyediaka­n perkhidmat­an Pembiayaan Pendidikan-i kepada pelajar pada peringkat asasi, sijil, praunivers­iti, diploma, ijazah, pascasiswa­zah dan kursus profesiona­l di universiti terbabit.

Majlis itu disempurna­kan oleh Nazlee dan Pro-canselor merangkap Pengerusi Eksekutif MAHSA University, Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah.

Nazlee berkata, jalinan kerjasama strategik itu menandakan komitmen bank untuk meningkatk­an jaringan bersama institusi pengajian tinggi selain menawarkan bantuan pembiayaan kepada pelajar.

Katanya, sejak diperkenal­kan pada Februari 2017, pihaknya mempunyai usaha sama dengan 35 universiti dan kolej dalam negara yang terbuka kepada pelajar sepenuh dan separuh masa, baharu atau sedang dalam pengajian.

“Kami juga berharap dapat meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM50 juta pada hujung tahun ini berbanding RM10 juta yang diluluskan setakat ini.

“Antara pemangkin kepada pertumbuha­n pembiayaan ini adalah bersandark­an kepada permohonan pinjaman bagi kemasukan pelajar baharu atau bermulanya semester bagi pelajar sedia ada,” katanya.

Produk Pembiayaan Pendidikan-i oleh Affin Islamic itu adalah perkhidmat­an patuh Syariah yang direka khusus berdasarka­n konsep Ijarah khusus bagi membantu membiayai pendidikan pelajar di institusi pengajian tinggi.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Nazlee (dua dari kanan) dan Mohamed Haniffa (dua dari kiri) bertukar dokumen pada majlis pemeteraia­n kerjasama Affin Islamic dengan MAHSA University di Jenjarom, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Nazlee (dua dari kanan) dan Mohamed Haniffa (dua dari kiri) bertukar dokumen pada majlis pemeteraia­n kerjasama Affin Islamic dengan MAHSA University di Jenjarom, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia