Berita Harian

BNS catat kemajuan projek LMS

-

Syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), merekodkan pencapaian penting dengan peletakan lunas bagi kapal tugas misi pesisir pertama (LMS1) dan pemotongan keluli bagi kapal tugas misi pesisir kedua (LMS2).

Kedua-dua kapal ini sedang dibina di limbungan Wuchang Shipbuildi­ng Industrial Group (WSIG) di Shuangliu, China, dengan kerjasama China Shipbuildi­ng & Offshore Internatio­nal Co Ltd (CSOC).

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata kerjasama erat BNS dengan pasukan LMS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta pasukan di WSIG telah mendorong kemajuan dalam pembinaan dua unit pertama LMS di China.

“Projek LMS ini turut menunjukka­n keupayaan Malaysia dalam pembuatan kapal dan teknologi tinggi serta mengetenga­hkan kemahiran dan bakat tempatan dalam pembinaan kapal sofistikat­ed,” katanya dalam kenyataan semalam. Ahmad Ramli juga ialah Pengarah Urusan BNS.

LMS adalah kelas baharu bagi kapal perang TLDM, yang akan memperkuku­h pertahanan perairan Malaysia, sebagai sebahagian Pelan Transforma­si 15 to 5 armadanya untuk menggantik­an kapal perang lama di samping mewujudkan armada yang baik dan sesuai untuk tujuan armada.

Kontrak pemeroleha­n untuk membina LMS secara bersama-sama dimeterai pada 23 Mac 2018 antara BNS dan kerajaan Malaysia dengan CSOC berperanan sebagai rakan kongsi limbungan BNS.

LMS berupaya beroperasi dengan peranan pelbagai misi, hasil daripada kemampuan kapal membawa sehingga tiga kontena antara mod standard yang mengandung­i modul misi selain melancarka­n bot bagi misi tindak balas pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia