Berita Harian

Georgia lokasi strategik eksport sawit ke Eropah Timur

-

Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (NCCIM) meninjau kemungkina­n menggunaka­n Georgia sebagai lokasi strategik bagi membolehka­n minyak sawit negara dieksport secara lebih meluas ke negara di Eropah Timur.

Ia langkah alternatif awal bagi menghadapi kemungkina­n berlakunya penyusutan ketara eksport minyak sawit negara ke Kesatuan Eropah (EU) susulan kepesatan kempen anti minyak sawit dan cadangan pengharama­n bahan mentah itu sebagai bahan tambahan dalam penghasila­n bahan api bio dalam kalangan negara ahlinya.

Ahli Majlis NCCIM, Don Nazwim Don Najib, menyifatka­n akses ke pasaran baharu adalah cara terbaik bagi menangani masalah lebihan stok minyak sawit ketika ini.

Beliau berkata demikian pada sesi pertemuan antara NCCIM dengan Timbalan Menteri Luar Georgia, Giorgi Sharvashid­ze, yang mengetuai delegasi Dewan Perniagaan dan Industri Georgia (GCCI) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Duta Georgia ke Malaysia, Nikoloz Apkhazava; Presiden NCCIM, Tan Sri Ter Leong Yap dan Naib Presidenny­a, Datuk Liew Sew Yee.

Lokasi strategik

Terdahulu, beliau mengajukan soalan kepada Sharvashid­ze berhubung potensi Georgia dijadikan lokasi strategik bagi membolehka­n Malaysia meluaskan lagi eksport minyak sawit negara ke negara-negara di Eropah Timur.

Soalan beliau disambut secara positif oleh Sharvashid­ze dan ia akan dirujuk kepada ahli lembaga GCCI yang berkaitan dengan perkara itu.

Kalangan orang awam di EU masih terus memberi pandangan negatif terhadap minyak sawit atas alasan kaitan komoditi itu ke atas perubahan cuaca, impak alam sekitar dan perlindung­an biodiversi­ti.

Sementara itu, Parlimen Eropah pula mengundi untuk mengharamk­an penggunaan minyak sawit dalam semua bahan api bio menjelang 2020.

Ia menyebut kebimbanga­n berhubung alam sekitar dan hanya baru-baru ini cadangan untuk menguatkua­sakannya pada 2021 dibatalkan.

Perkara itu diputuskan dalam rundingan tiga penjuru antara Parlimen EU, Majlis Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada 14 Jun lalu, selepas mendengar bantahan daripada negara pengeluar utama minyak sawit, seperti Indonesia dan Malaysia.

 ??  ?? Leong Yap (dua dari kanan) bersalam dengan Sharvashid­ze pada sesi pertemuan antara NCCIM delegasi Dewan Perniagaan dan Industri Georgia (GCCI) di Kuala Lumpur, semalam.
Leong Yap (dua dari kanan) bersalam dengan Sharvashid­ze pada sesi pertemuan antara NCCIM delegasi Dewan Perniagaan dan Industri Georgia (GCCI) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia