Berita Harian

Program bimbing pelajar selepas sesi persekolah­an

-

Langkap: Menyedari kepentinga­n Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran wajib lulus untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendorong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Sagor, di sini, menganjurk­an pelbagai program seperti klinik pembelajar­an selepas sesi persekolah­an harian.

Pengetua sekolah itu, Encik Khairul Anuar Shahaluddi­n, berkata aktiviti yang memfokuska­n calon peperiksaa­n utama itu merangkumi persediaan menyeluruh bagi membantu mereka memahami kandungan sesuatu topik dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, platform itu penting untuk membolehka­n guru mengenal pasti kelemahan dan kekurangan pelajar, sekali gus membolehka­n mereka dibimbing serta diberikan suntikan motivasi dari semasa ke semasa.

“Pelan tindakan awal yang kami jalankan sejak Januari lalu bertujuan memastikan setiap calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu serta layak mendapatka­n sijil SPM.

Bantuan PPD

“Cabaran utama adalah untuk memastikan pelajar lemah mampu menguasai kemahiran bertutur dan menulis sehingga mencapai tahap penguasaan minimum hingga sederhana, sekali gus membolehka­n mereka lulus dalam mata pelajaran ini,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Selain itu, Encik Khairul Anuar berkata, Program Transforma­si Daerah (DTP) yang dibiayai oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hilir Perak turut memantapka­n lagi strategi dirancang pada peringkat sekolah kerana aktiviti berimpak besar itu mampu menyerlahk­an potensi serta kebolehan pelajar secara lebih dekat.

“Melalui Projek 81, jadual anjal disusun dan pelajar diagihkan mengi kut kumpulan pencapaian diri bagi membolahka­n guru membimbing pelajar secara lebih berfokus untuk menyelesai­kan tugasan yang diberi.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak alumni sekolah yang menaja program Sarapan Kasih Sayang bagi calon SPM, sekali gus membuktika­n komitmen warga SMK Dato' Sagor untuk memastikan aspek pendidikan pelajar sentiasa pada tahap terbaik,” katanya.

 ??  ?? Encik Khairul Anuar
Encik Khairul Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia