Berita Harian

Ragbi sentuh TKC

Nor Maisarah Sofia atur semula jadual belajar untuk aktif dalam sukan diminati

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

Sbhskor@bh.com.my nan sebagai pemimpin yang berkaliber.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa?

Memandangk­an saya mempunyai jadual yang sangat padat pada waktu petang, saya menggunaka­n waktu kelas persediaan malam dengan produktif bagi menyiapkan semua tugasan dan kerja sekolah yang diberikan. Waktu hujung minggu pula diisi dengan mengulang kaji pelajaran. Bagi pendapat saya, aktiviti kokurikulu­m bukanlah alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dalam bidang akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang merupakan tanggungja­wab semua mereka yang bergelar pelajar. Oleh itu, saya menjadikan sukan ini sebagai satu medium untuk menghilang­kan tekanan atau lebih spesifik lagi sebagai ganjaran yang telah diperkenal­kan oleh bonda pengetua setelah penat belajar.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Insyaallah, jika diberi peluang, saya akan meneruskan karier sukan ragbi sentuh apabila berada di universiti. Saya juga menyimpan hasrat untuk menubuhkan pasukan ragbi sentuh yang ahli pasukannya sendiri terdiri daripada bekas pemain ragbi sentuh TKC kerana lebih mudah untuk bekerjasam­a memandangk­an pernah berada dalam satu pasukan ketika di bangku sekolah. Saya juga berharap dapat mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) bagi menimba lebih banyak pengalaman dalam sukan ragbi sentuh ini. Pada masa sama, saya berharap legasi yang telah dicipta oleh TKC ini dapat diteruskan oleh generasi pelajar akan datang, sekali gus mampu mengharumk­an nama kolej ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Idola: Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha Pencapaian:

Johan Cup dan dianugerah Pemain Terbaik Perempuan dalam Kejohanan Ragbi 7s U16 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 di Sekolah Menengah Sains (SMS) Teluk Intan, Julai lalu Johan Cup pada

2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Hisamuddin Alam Shah, September lalu Dianugerah­kan Pemain Terbaik Perempuan pada Kejohanan Ragbi Sentuh Putat Lions 7s Piala Menteri Besar Kedah

2018 di SMS Kubang Pasu, Kedah, awal bulan ini Memperoleh pencapaian 10A dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu

 ??  ?? Nor Maisarah Sofia
Nor Maisarah Sofia
 ??  ?? Nor Maisarah Sofia (memegang piala) bersama-sama pemain La Reine TKC.
Nor Maisarah Sofia (memegang piala) bersama-sama pemain La Reine TKC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia