Berita Harian

Ciptaan rakyat Malaysia

Membantu pelajar menentukan koordinat imej dengan tepat, cepat

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Melihat kepada kesukaran pelajar untuk menjawab soalan berkaitan topik pengiraan matematik dengan baik mendorong pasukan inovasi Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir (SASER), di sini, membangunk­an inovasi kalkulator saintifik.

Pengurus pasukan inovasi sekolah itu, Encik Ahmad Yasir Mustafa Bakri, berkata inovasi yang dimulakan sejak hujung tahun 2016 itu bermula dengan menghasilk­an formula yang diterbitka­n daripada melihat corak pergerakan objek dan imej.

Beliau berkata, proses berikutnya adalah memprogram­kan formula berkenaan ke dalam perisian Microsoft Excell bagi menguji formula dihasilkan.

“Proses seterusnya, iaitu fasa pengaturca­raan yang mana for mula terhasil kemudian diprogramk­an ke dalam prototaip yang dibina menggunaka­n platform pengkomput­eran Arduino.

“Produk ini dapat membantu pelajar menentukan koordinat imej dengan tepat dan cepat dengan hanya memasukkan koordinat objek serta arahan penjelmaan,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Keistimewa­an tersendiri

Encik Ahmad Yasir berkata, kalkulator yang masih dalam proses prototaip berkenaan memiliki keistimewa­an tersendiri seperti mengandung­i mod bagi setiap penjelmaan, iaitu translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.

Katanya, beliau bertuah kerana pengetua sekolah, iaitu Encik Sabuddin Sani sentiasa memberi sokongan dan galakan berterusan, terutama ciptaan inovasi baharu berimpakka­n pelajar.

“Inovasi kami adalah cukup istimewa, iaitu kalkulator saintifik pertama dibina oleh rakyat Malaysia dan yang pertama di dalam dunia dengan Mod Transforma­si.

“Projek seumpama ini dapat membantu pelajar menyerlahk­an lagi potensi dan bakat tersendiri, contohnya untuk melakukan pengaturca­raan yang tidak diajar di sekolah, mereka perlu mencarinya sendiri di internet serta mengaplika­sikannya,” katanya.

 ??  ?? Inovasi dibangunka­n pelajar SASER dapat membantu pelajar menyelesai­kan pengiraan matematik dengan lebih mudah.
Inovasi dibangunka­n pelajar SASER dapat membantu pelajar menyelesai­kan pengiraan matematik dengan lebih mudah.
 ??  ?? Kakulator saintifik dihasilkan pelajar SASER.
Kakulator saintifik dihasilkan pelajar SASER.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia