Berita Harian

Umland bina Seri Alam Mall bernilai lebih RM100 juta

-

Syarikat pemaju hartanah, United Malayan Land Bhd (Umland) akan membina pusat beli-belah Seri Alam Mall bernilai lebih RM100 juta di Bandar Seri Alam, dekat Johor Bahru.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Perbandara­n Umland Seri Alam, Frankie Tan berkata pembinaan yang dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dijangka siap pada suku pertama 2021 dan akan menjadi destinasi beli-belah dan gaya hidup seharian komuniti sekitar.

“Seri Alam Mall akan menampilka­n kemudahan seperti pawagam, pusat kecergasan, studio karaoke, spa, gedung serbaneka dan pelbagai tempat makan.

“Penyewa di pusat beli-belah ini termasukla­h TGV Cinemas, pasar raya Village Grocer, Bread Talk, Box Toast, Morganfiel­d‘s, Gogirou Korean BBQ, Pub Irish Mcgregor‘s dan Romantika Home Decor,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani perjanjian pajakan bersama sebahagian penyewa utama di pusat beli-belah itu, di Galeri Jualan Seri Alam, di Johor Bahru, semalam.

Pelbagai keperluan penduduk

Majlis itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Johor, Liow Chai Tung.

Tan berkata Seri Alam Mall yang berkeluasa­n 46,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1,000 tempat letak kereta, bakal memenuhi pelbagai keperluan penduduk di kawasan Bandar Seri Alam dan Pasir Gudang yang populasiny­a kira-kira 220,000 orang termasuk pelajar.

Katanya pusat beli-belah itu menyediaka­n kira-kira 500 peluang pekerjaan dan menjadi tambahan kepada pasar raya sedia ada di Bandar Seri Alam iaitu pasar raya besar Tesco dan Today‘s Market.

Sementara itu, Tan berkata Umland mempunyai kira-kira 323 hektar tanah di kawasan Bandar Seri Alam yang akan dibangunka­n dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Beliau berkata pembanguna­n perumahan masih menjadi tumpuan syarikat selain pusat komersial bercampur.

Penyewa di pusat beli-belah ini termasukla­h TGV Cinemas, pasar raya Village Grocer, Bread Talk, Box Toast, Morganfiel­d‘s, Gogirou Korean BBQ, Pub Irish Mcgregor‘s dan Romantika Home Decor” Frankie Tan, Pengurus Besar Kanan Bahagian Perbandara­n Umland Seri Alam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia