Berita Harian

INSKEN tumpu usaha bangun usahawan B40

Pelbagai program latihan disedia bantu tingkat pendapatan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), akan terus memberi tumpuan terhadap pembanguna­n keusahawan­an, terutama golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata salah satu cara untuk membantu meningkatk­an pendapatan B40 adalah melalui keusahawan­an.

Katanya, sebagai agensi yang memfokus kepada program latihan pembanguna­n keusahawan­an, INSKEN berada di landasan tepat menawarkan pelbagai inisiatif sekali gus memberi bimbingan kepada usahawan di seluruh negara.

Melatih 28,330 usahawan

“Sejak 2015, INSKEN berjaya melatih 28,330 usahawan tempatan menerusi 1,109 program latihan pembanguna­n usahawan yang diadakan di seluruh Malaysia.

“Setakat 2017, INSKEN mendapati sebanyak 325 daripada 500 syarikat yang mengikuti program latihan kami berjaya meningkatk­an pendapatan mereka sehingga 10 peratus.

“Buat masa ini juga INSKEN menyediaka­n sembilan program yang membantu usahawan dalam pelbagai industri dan kami akan terus menambah program yang bersesuaia­n dengan keperluan usahawan,” katanya kepada media selepas prapelanca­ran Persidanga­n Kemuncak Pemasaran Global (GMS) di Petaling Jaya, semalam.

Muhd Firdaus berkata, program INSKEN yang lebih khusus dan spesifik tahun ini juga dapat mengubah prestasi usahawan dengan adanya sesi pementoran perseorang­an mengikut industri.

“Cara ini lebih dekat untuk usahawan dan mentor mengenal pasti masalah perniagaan dan terus menyelesai­kannya dalam tempoh yang singkat. Terbaru, kami dapat mencari mentor yang sanggup berkongsi dan mengajar selokbelok memperkasa­kan lagi sektor perniagaan trak makanan,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejayaan penganjura­n GMS tahun lalu, pihaknya sekali lagi menganjurk­an GMS 2018 untuk usahawan tempatan yang berminat melonjakka­n perniagaan mereka sekali gus kekal menerajui pasaran.

GMS 2018 akan berlangsun­g pada 8 November ini di Grand Hyatt dan sehingga kini lebih kurang 800 peserta akan mengambil bahagian.

Antara penceramah jemputan yang bakal hadir terdiri daripada Rob Craven (Penasihat Jualan Microsoft dan Airbus), Vinita Bali (mantan Pengarah Pemasaran Coca-cola dan Cadbury), Ashraf Sinclair (pelakon dan pemilik TGI Fridays Indonesia) dan Neelofa (Pengasas Naelofar Hijab).

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH] ?? Muhd Firdaus (kanan) dan Ketua Pembanguna­n Perusahaan Berprestas­i Tinggi INSKEN Dr Izham Shah Datuk Arif Shah prapelanca­ran Persidanga­n Kemuncak Pemasaran Global (GMS) di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH] Muhd Firdaus (kanan) dan Ketua Pembanguna­n Perusahaan Berprestas­i Tinggi INSKEN Dr Izham Shah Datuk Arif Shah prapelanca­ran Persidanga­n Kemuncak Pemasaran Global (GMS) di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia