Berita Harian

EFKON perkenal peranti tag infra merah

E-TAG boleh didapati di stesen minyak serta dalam talian

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi sistem kutipan tol infra merah di lebuh raya Malaysia melancarka­n jenama peranti tag infra merahnya sendiri dikenali E-TAG.

E-TAG yang dikeluarka­n syarikat berpangkal­an di Austria itu boleh didapati di rangkaian luar talian seperti stesen minyak di samping jualan dalam talian MAXTAG oleh Sigma Technology Sdn Bhd di www. lazada.com.my dan www.11street. my.

Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi EFKON Asia, Helmuth Blasch, berkata peranti generasi terkini itu menampilka­n pemproses mikro baharu dan paparan yang dipertingk­atkan untuk prestasi dan kebolehper­cayaan yang lebih baik.

Beliau berkata, peranti itu juga menawarkan fungsi, mudah alih, kebolehper­cayaan dan keberkesan­an kos yang lebih baik.

4,000 unit sudah dijual

“Peranti E-TAG akan berada di pasaran dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi. Bagi MAXTAG pula sudah berada di pasaran beberapa minggu lalu dengan kira-kira 4,000 unit sudah dijual dalam tempoh dua setengah minggu,” katanya ketika ditemui pada pelancaran E-TAG di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai sasaran jualan, Blasch berkata pihaknya menyasarka­n menjual 20,000 unit peranti tag infra merah sebulan.

Beliau berkata, EFKON merancang memperluas­kan penyediaan peranti tag inframerah yang dipasang siap dalam model kereta tertentu di negara ini.

Ketika ini, katanya peranti TAG infra merah keluaranny­a dipasang dalam model Toyota Rush dan Myvi baharu.

“Dijangka dua hingga tiga model kereta akan dipasang siap dengan peranti tag inframerah kami pada suku pertama tahun depan,” katanya.

 ??  ?? Blasch (tengah) menunjukka­n peranti tag infra merah E-TAG pada pelancaran E-TAG di Kuala Lumpur, semalam.
Blasch (tengah) menunjukka­n peranti tag infra merah E-TAG pada pelancaran E-TAG di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia