Berita Harian

FBM KLCI susut 24.87 mata

Jualan berterusan saham mewah jejas pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dengan sentimen lemah di pasaran saham serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 24.87 mata untuk ditutup kepada paras terendah harian pada 1,697.6, daripada 1,722.47 semasa ditutup kelmarin.

Selepas dibuka rendah 0.97 mata kepada 1,721.5, FBM KLCI turut mencecah paras tertinggi pada 1,721.91.

Peniaga berkata sentimen pasaran yang lemah di rantau ini sebahagian­nya disebabkan kebimbanga­n mengenai konflik perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china, bagaimana ia dapat memberi kesan kepada pertumbuha­n ekonomi China, selain kebimbanga­n mengenai sama ada Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat dan lebih tinggi daripada jangkaan. “Kegelisaha­n di pasaran luaran merebak ke Bursa Malaysia,” katanya.

Di peringkat teknikal, Kenanga Research berkata unjuran bagi FBM KLCI terus lemah dan petunjuk momentum belum menunjukka­n sebarang kemungkina­n peningkata­n.

Dalam nota penyelidik­an, firma itu berkata, paras sokongan dapat dikesan pada 1,700 dan 1,660, dengan paras halangan utama pada 1,790 dan 1,760 yang akan meningkatk­an sentimen pasaran.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank merosot 20 sen kepada RM9.40, Public Bank susut lapan sen kepada RM24.90, Tenaga berkuranga­n 42 sen kepada RM14.08 dan Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM9.34.

Bagi saham aktif, Prestarian­g naik 1.5 sen kepada 45.5 sen, Sapura Energy susut setengah sen kepada 34 sen dan MYEG merosot 10 sen kepada RM1.28.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 727 berbanding 170, dengan 330 kaunter tidak berubah, 677 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.01 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 1.95 bilion unit bernilai RM1.67 bilion dicatatkan kelmarin.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun merosot 2.67 peratus kepada 22,010.78, Indeks Hang Seng susut 3.08 peratus kepada 25,346.55 manakala Indeks Komposit Shanghai berkuranga­n 2.26 peratus kepada 2,594.83.

Indeks FBM Emas turun 163.92 mata kepada 11,740.22, Indeks FBM Emas Shariah merosot 155.68 mata kepada 11,707.74 dan Indeks FBMT 100 susut 158.40 mata kepada 11,574.76.

Indeks FBM Ace turun 112.09 mata kepada 4,959.51 dan FBM 70 berkuranga­n 141.85 mata kepada 13,550.57.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n jatuh 32.69 mata kepada 7,370.7, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an susut 1.59 mata kepada 170.29 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 230.26 mata kepada 17,266.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.25 bilion saham bernilai RM1.83 bilion daripada 1.33 bilion saham bernilai RM1.53 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 479.28 juta unit bernilai RM113.04 juta daripada 404.03 juta unit bernilai RM98.64 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 284.16 juta saham bernilai RM58.4 juta daripada 213.16 juta saham bernilai RM40.76 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 147.62 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustr­ian dan perkhidmat­an (221.22 juta), pembinaan (100.6 juta), teknologi (247.74 juta), SPAC (1.04 juta), perkhidmat­an kewangan (42.48 juta), hartanah (100.37 juta), perladanga­n (15.97 juta), REITS (4.37 juta), dana tertutup (1,200), tenaga (237.77 juta), penjagaan kesihatan (26.16 juta), telekomuni­kasi dan media (47.33 juta), pengangkut­an dan logistik (26.9 juta) dan utiliti (31.29 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia