Berita Harian

Pengasinga­n diplomatik Arab Saudi pengaruhi Asia

-

Saham Asia susut pada Selasa selepas mendapat pemacu negatif daripada pengasinga­n diplomatik Arab Saudi yang mencetuska­n kebimbanga­n baharu berhubung perang dagang yang menjejaska­n sentimen di seluruh rantau ini.

Aktiviti jualan di Asia memadamkan keuntungan yang dibuat pada rali dua sesi sebelum ini, yang mana ia diterajui oleh harapan rangsangan dari China dengan indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 2.2 peratus.

Penurunan dalam indeks penanda aras di kebanyakan rantau juga melebihi dua peratus.

Saham Eropah kemungkina­n berada di bawah tekanan dengan CAC Perancis dan DAX Jerman dijangka dibuka di bawah paras rendah 2018.

CAC dijangka susut 0.6 peratus dan Dax jatuh 0.9 peratus, manakala FTSE Britain pula dijangka susut 0.5 peratus.

Pasaran Kospi Korea Selatan dan Hang Seng Hong Kong masingmasi­ng susut tiga peratus sementara Nikkei Jepun merosot 2.7 peratus.

Indeks MSCI bagi rantau ini termasuk Jepun mencecah paras terendah sejak Mei 2017.

“Kami memiliki beberapa faktor negatif apabila sentimen pasaran rapuh,” kata Ahli Strategi Kanan Sumitomo Mitsui Trust Asset Management, Hiroyuki Ueno.

“Pendapatan daripada beberapa syarikat Jepun lebih lemah dari jangkaan dengan segelintir menyalahka­n perang dagang.”

Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) susut satu peratus di Asia.

Pada Isnin, S&P 500 susut 0.43 peratus selepas pelabur memantau rapi pengumuman pendapatan di tengah-tengah percambaha­n kebimbanga­n global.

“Dalam tempoh singkat, dunia seolah-olah menjadi huru-hara,” kata Pengurus Dana Bon Asset Management One, Akira Takei.

Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau tidak berpuas hati dengan apa yang didengari daripada Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi di bangunan konsulatny­a di Turki, namun menyatakan keengganan­nya untuk menghukum kerajaan negara berkenaan secara ekonomi.

Walaupun Arab Saudi cuba untuk melindungi putera mahkota yang berpengaru­h daripada disabitkan dengan pembunuhan itu, ramai pegawai meragui naratif Riyadh.

Beberapa negara termasuk Jerman, Britain, Perancis dan Turki memberi tekanan kepada Arab Saudi untuk mengemukak­an semua bukti.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan, yang dikatakan akan mengeluark­an maklumat dalam ucapannya pada Selasa.

 ??  ?? Pasaran Kospi Korea Selatan turut dipengaruh­i penyusutan serantau.
Pasaran Kospi Korea Selatan turut dipengaruh­i penyusutan serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia