Berita Harian

79 dianugerah darjah kebesaran Pahang

Raja Puan Mahkota Perak ketuai senarai penerima pingat

- Oleh Nik Sukry Ramli dan T N Alagesh

Raja Puan Mahkota Perak, Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah, mendahului 79 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Baginda bersama 21 lagi individu menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

Yang turut disenaraik­an menerima SSAP ialah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Mohd Fauzi Abdul Rahman; Pengarah Kanan (Bahagian Siasatan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani; Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia, Datuk Akhbar Satar dan Presiden Persatuan Bolasepak Myanmar, Zaw Zaw, serta penyanyi dari Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani.

Bagi Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk Indera pula, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang, Datuk Wan Bakri Wan Ismail menjadi penerima tunggal anugerah itu.

Lima individu diperkenan menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk, iaitu bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Pengerusi, Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Udara, Datin Seri Norainy Shahar Alam; Timbalan Ketua Pengarah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Abdul Rashid Mohd Said; Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari dan Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Roshaimi Zakaria.

51 penerima DIMP

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), seramai 51 individu diperkenan­kan menerima anugerah membawa gelaran Datuk itu, termasuk Pesuruhjay­a Kehakiman, Mahkamah Tinggi Seremban, Muhammad Jamil Hussin; Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n, Ismail Mohd Zawawi; Timbalan Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Aida Munira Abdul Rafar dan Setiausaha Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), Hamiza Hamzah.

Yang turut menerima DIMP ialah Pengerusi Pertubuhan Orang Asli Prihatin Malaysia, Mohd Affandy Rashid; Pengurus Projek PETRONAS Chemical Group, Ismail Ab Rahman; Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Suhaimi Ismail; Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Shafie Ismail dan Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zanuddian Samsu Hadi.

Ketua Penolong Pengarah Maklumat Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmat­an/perjawatan PDRM, Senior Asisten Komisioner Shukri Abdullah; Setiausaha Bahagian Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Suhairi Abd Ghani dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Hassan Manaf.

Ketua Unit Drama Premium dan Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail turut dianugerah DIMP membawa gelaran Datuk pada istiadat yang akan disempurna­kan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

 ??  ?? Raja Nazhatul Shima
Raja Nazhatul Shima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia