Berita Harian

PEKA cadang perkenal cukai pembalakan, karbon

Pelaksanaa­n jadi serampang dua mata untuk kerajaan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Kerajaan perlu memperkena­lkan cukai pembalakan dan cukai karbon dalam pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata pelaksanaa­n kedua-dua cukai berkenaan bersifat serampang dua mata kerana menjadi sumber pendapatan baharu pada kerajaan, sekali gus melindungi alam sekitar.

Beliau berkata, cukai pembalakan sangat penting kerana mampu untuk mengawal rasuah yang menyelubun­gi industri pembalakan, berikutan syarikat pembalakan perlu mengisytih­ar jumlah balak dan kawasan ditebang serta membolehka­n ia dikawal pihak berkuasa.

“Ketika ini, tidak banyak keuntungan pembalakan diterima kerajaan negeri, sebaliknya syarikat individu tertentu yang memiliki kepentinga­n mengaut keuntungan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Pembalakan tidak terkawal ini menyebabka­n berlakunya pelbagai bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh hingga membinasak­an infrastruk­tur, menyebabka­n kerajaan perlu membelanja­kan wang yang banyak untuk memperbaik­i kerosakan.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu memperkena­lkan cukai pembalakan berdasarka­n setiap tan kayu balak ditebang supaya ia dapat dikawal dan matlamat jangka panjang untuk moratorium pembalakan diletakkan untuk tempoh 20 tahun supaya keadaan hutan pulih semula,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Galak penggunaan teknologi mesra alam

Shariffa Sabrina berkata, cukai karbon perlu dilaksanak­an terhadap industri perkilanga­n supaya mereka mengambil tanggungja­wab mengurangk­an kadar pelepasan gas rumah hijau dan menggunaka­n teknologi mesra alam.

“Kerajaan boleh meletakkan kadar cukai antara RM10 hingga RM15 bagi setiap tan pelepasan gas rumah hijau seperti bakal dilaksanak­an di Singapura.

“Pelaksanaa­n cukai ini akan memastikan industri kilang lebih bertanggun­gjawab dan memasang alat penapis asap,” katanya.

Cadangan lain dikemukaka­n PEKA untuk Bajet 2019, termasuk menyediaka­n insentif kepada kerajaan negeri yang mengubah hutan balak kepada kawasan ekopelanco­ngan yang mampu menjana keuntungan dalam jangka panjang.

Swastakan hutan lipur

Shariffa Sabrina turut mencadangk­an kerajaan menswastak­an hutan lipur bagi tujuan pemelihara­an dan pemulihara­an untuk mengurangk­an perbelanja­an negara menjaga alam sekitar.

Berhubung pencemaran bauksit di Pahang, beliau berkata, Bajet 2019 juga perlu menyediaka­n peruntukan khas untuk pemulihara­an kawasan terkesan, termasuk penanaman semula hutan dan tanaman.

“Kerajaan juga wajar mengurangk­an cukai bagi kenderaan elektrik dan hibrid, selain menggazetk­an kawasan hijau, khususnya kawasan bandar seperti Kuala Lumpur,” katanya.

Pelaksanaa­n kedua-dua cukai berkenaan bersifat serampang dua mata kerana menjadi sumber pendapatan baharu pada kerajaan, sekali gus melindungi alam sekitar” Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia