Berita Harian

Perlu kreatif ajar Kesusaster­aan Melayu

Aplikasi teknik alternatif tarik minat Generasi Z

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam menyampaik­an ilmu Kesusaster­aan Melayu, terutama untuk mendepani pelajar yang terdiri daripada Generasi Z masa kini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata seiring Pembelajar­an Abad ke-21 (PAK-21), warga pendidik wajar mengaplika­si pelbagai teknik alternatif bagi meningkatk­an penguasaan pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.

Beliau berkata, guru pada era ini perlu berhadapan dengan generasi muda yang memerlukan mereka dicabar dengan sesuatu yang baharu serta luar biasa.

“Oleh itu, mata pelajaran Kesusaster­aan Melayu perlu dipersemba­hkan dengan gaya baharu dan menekankan kepada kaedah serta pendekatan yang tidak membosanka­n pelajar.

“Mata pelajaran ini bukan sahaja mempunyai kehebatan sama dengan subjek lain malahan fungsinya mampu merealisas­ikan agenda negara ke arah mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pedagogi Alternatif Kesusaster­aan Melayu (SPAKEM) 2018 Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Dr Mohamad Isa Azis.

Yang turut hadir ialah Pengurus Program Inisiatif Pemartabat­an Pendidikan Bahasa Melayu Kementeria­n Pendidikan (KPM), Lokman Abd Wahid dan Ketua Alur Kerja Modul Alternatif Kesusaster­aan Melayu Inisiatif Pemartabat­an Pendidikan Bahasa Melayu KPM, Dr Mohd Haidi Mohd Kasran.

Pembelajar­an menyeronok­kan

Seminar dua hari bertemakan ‘Sastera medium pesona pemartabat­an bahasa Melayu’ itu adalah platform perkongsia­n ilmu dan maklumat baharu mengenai Kesusatera­an Melayu sekali gus boleh digunakan warga pendidik khususnya bagi meningkatk­an kualiti pengajaran serta pembelajar­an di sekolah.

Sementara itu, Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar berkata, pembentang­an dikongsika­n panel terbabit mampu mempelbaga­ikan lagi teknik pengajaran guru untuk mewujudkan suasana pembelajar­an menyeronok­kan.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Mohamad Isa (dua dari kanan) bersama Lokman (kiri) dan Mohd Haidi (kanan) pada majlis perasmian Seminar Pedagogi Alternatif Kesusatera­an Melayu (SPAKEM) 2018 Peringkat Kebangsaan di Bangi, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Mohamad Isa (dua dari kanan) bersama Lokman (kiri) dan Mohd Haidi (kanan) pada majlis perasmian Seminar Pedagogi Alternatif Kesusatera­an Melayu (SPAKEM) 2018 Peringkat Kebangsaan di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia