Berita Harian

Lima keluarga mengeluh bil air ikut tarif perniagaan

-

Kuantan: Lima keluarga di Kampung Songsang, di sini, mengeluh dibebani bil air tinggi setiap bulan selepas terpaksa berkongsi meter sejak lapan tahun lalu.

Wakil penduduk, Wan Abd Ghani Wan Ngah, 76, mendakwa setiap keluarga berkenaan terpaksa membayar lebih RM100 sebulan selepas kos bil air dibahagika­n lima secara sama rata.

“Saya difahamkan bil air bagi meter ini adalah mengikut tarif perniagaan yang menyebabka­nnya menjadi mahal.

“Sebelum ada paip air, penduduk di sini menggunaka­n perigi hampir 30 tahun. Namun kira-kira lapan tahun lalu, perigi itu terpaksa dikambus kerana kawasan berkenaan dilaksanak­an projek perumahan.

“Bagaimanap­un, mujur ada seorang pengusaha ternakan lembu di sini memohon pemasangan paip air. Penduduk tidak boleh memohon pemasangan paip kerana tanah di sini tiada geran, walaupun kampung ini sudah wujud lebih 40 tahun.

Kongsi bayaran bil

“Oleh itu, penduduk di sini terpaksa berkongsi bayaran bil air setiap bulan,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, di sini, semalam.

Terdahulu, lima wakil penduduk kampung itu menghadiri taklimat oleh kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengenai cara memohon pemasangan meter individu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

Seorang lagi penduduk terbabit, Wan Tajuddin Wan Abdul Ghani, 46, berharap masalah itu dapat diselesaik­an segera selepas pertemuan dengan pihak PAIP.

“Kami akan segera mengumpul dokumen diperlukan oleh pihak PAIP untuk membuat permohonan. Saya berharap ia dapat diluluskan bagi mengurangk­an beban penduduk di sini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Kanan Daerah Korporat PAIP Kuantan, Mohd Azrul Mohd Azmi, berkata pihaknya berharap penduduk terbabit dapat menghantar permohonan dengan segera bagi membolehka­n meter individu dipasang.

“Mereka boleh datang terus ke kaunter PAIP dan kita akan memproses permohonan itu. Dengan menukar kepada meter individu, penduduk tidak perlu lagi membayar tarif air yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia