Berita Harian

Nelayan bimbang rumah dihanyut ombak

-

Dungun: Ketibaan musim tengkujuh tidak lama lagi cukup membimbang­kan 15 keluarga nelayan tinggal berhampira­n pantai Kuala Paka, di sini, yang diancam hakisan kerana projek pemulihara­an kawasan itu belum siap sepenuhnya.

Mereka masih dihantui pengalaman air laut melimpah sehingga memasuki kediaman, malah beberapa rumah pernah dihanyutka­n ombak kuat.

Penduduk, Hazura Alias, 34, mendakwa masalah itu sudah berlarutan sejak 15 tahun lalu.

Beliau berkata, rata-rata penduduk di kawasan itu bimbang ombak besar yang boleh menghanyut­kan rumah mereka.

“Kami berterima kasih atas pelaksanaa­n projek pemulihara­an pantai ini, termasuk membina benteng pemecah ombak.

“Namun, ia baru dimulakan dan tidak mampu menghalang ombak besar pada musim tengkujuh ini,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini.

Mohamad Othman, 74, berkata beberapa rumah penduduk di situ rosak, malah ada yang dihanyutka­n ombak dalam kejadian sebelum ini.

Deposit tinggi

Beliau berkata, penduduk pernah ditawarkan rumah kos rendah, namun mereka tidak mampu membiayai deposit yang dianggap tinggi.

“Ada penduduk ditawarkan rumah dan perlu membayar deposit RM3,500 dalam tempoh sebulan. Kami tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu dalam masa singkat,” katanya.

Mohamad berkata, penduduk turut berusaha memohon kediaman bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satipul Bahari Mamat, berkata projek pembinaan benteng pemecah ombak bernilai RM150 juta di kawasan terbabit sedang giat dijalankan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), serta dijangka siap pada 2021.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kerajaan berjanji akan meneliti dan menyemak semula masalah dihadapi penduduk.

 ??  ?? Penempatan penduduk berhampira­n pantai Kuala Paka yang setiap tahun dibadai ombak besar.
Penempatan penduduk berhampira­n pantai Kuala Paka yang setiap tahun dibadai ombak besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia